2. Lingkaran Gelap Bawah Mata
Lingkaran gelap bawah mata boleh disebabkan dari pelbagai aspek. Tetapi ia biasanya bukan penyakit dan tidak perlu dibimbangkan. Anda mungkin ingin mencerahkan lingkaran bawah mata anda atas sebab kosmetik. Cara merawat ialah sapukan sudu sejuk ke mata anda untuk membantu mengecutkan saluran darah yang mengembang. Ini boleh mengurangkan kelopak mata bengkak dan penampilan lingkaran gelap. Selain itu, cari krim mata yang mempunyai asid hyaluronik, glycerin atau niacinamide. Cara untuk atasi, gunakan pelindung matahari pada muka anda, terutamanya di sekitar mata dan laraskan jadual tidur anda, tidur tepat pada waktunya dan pastikan anda tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam.