7. Kemerahan
Kemerahan kulit boleh mempunyai banyak punca , daripada sinaran matahari, alahan kepada rosacea dan makanan pedas. Cara untuk atasinya ialah dengan mandian air sejuk atau meletakkan benda sejuk pada kulit seperti sudu yang disejukkan. Cara untuk merawatnya pula ialah dengan menggunakan bahan yang mempuanyai asid salisilik atau pengelupasan asid glikolik. Ia membuang sel-sel mati dari permukaan kulit, mencerahkan lapisan yang terdedah. bagus untuk merawat kemerahan. Sebarang pengelupasan kimia hendaklah digunakan oleh pakar kosmetik atau pakar dermatologi terlatih. Pelindung matahari adalah harus dalam penjagaan kulit. Gunakan pelindung matahari dengan SPF tinggi membantu mengurangkan kemerahan. Aloe Vera juga boleh membantu mengurangkan kemerahan dan kegatalan. Komponen dalam aloe vera menenangkan kulit dan menggalakkan pertumbuhan semula kulit baru, sambil membantu kulit pulih lebih cepat.