Kalis cuaca, kalis air dan mampu bertahan selama 36 jam cetus kesan lirikan mata dramatik. Generasi terbaru maskara Maybelline Hypercurl Waterproof
Adakalanya sewaktu menyapu maskara pada bulu mata pasti meninggalkan kesan comot atau tekstur bergumpal. Menyedari masalah lazim itu Maybelline memperkenalkan teknologi dan kesan penggunaan yang lebih efektif menerusi penciptaan maskara Maybelline Hypercurl Waterproof.
Alang bersolek hendak ke sesi Zoom Meeting adalah lebih sempurna jika ditambah maskara untuk lirikan mata memukau untuk tampak yakin dan bertenaga sepanjang hari. Maybelline Hypercurl Waterproof adalah maskara No.1 di Malaysia yang wajib dimiliki setiap wanita. Malah, mampu mengubah wajah dengan sekelip mata. Bukankah orang kata, dari mata turun ke hati?
Maskara yang tepat untuk lirikan mata memukau sepanjang hari. Maybelline Hypercurl Waterproof adalah maskara No.1 di Malaysia yang wajib dimiliki setiap wanita.
Maskara ini hadir dengan pilihan dua warna berbeza iaitu hitam dan coklat. Reka bentuk berus maskara dalam bentuk lengkung tirus memudahkan sapuan pada bulu mata tanpa meninggalkan kesan comot atau gumpalan. Lebih menarik, ia berwajah baru dengan rekaan moden di samping kod ikonik merah jambu.
Maskara ini adalah terbaik dengan ketahanan luar biasa, terbukti apabila bertahan dalam pelbagai jenis cuaca dan tiada lagi kesan gelap di bawah mata bagaikan mata panda. Serta kekal lentik sehingga 36 jam tanpa meninggalkan kesan comot walaupun terdedah dengan pelbagai jenis cuaca.
Pautan berkaitan http://Kembara Cantik Di Stor Pop-Up Maybelline Secara Maya