Jenama penjagaan kulit terkenal New York, Kiehl’s memperkenalkan Retinol Skin-Renewing Daily MicroDose Serum, sebotol serum untuk kegunaan harian demi memudar tanda penuaan.
Retinol antara bahan popular dalam rangkaian produk anti-penuaan. Di kalangan pakar kecantikan retinol dianggap sebagai satu bahan unik yang nyata berkesan dalam mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan lain. Retinol meningkatkan pembaharuan kulit dan meingkatkan keanjalannya.
Namun di sebalik keberkesanannya itu, ramai juga yang berasa takut untuk mencalitkannya pada kulit kerana retinol juga popular dengan kesan sampingannya seperti kulit menjadi kering, kemerahan dan mengelupas. Dan di sinilah sebenarnya sangat penting untuk para dermatologi menghasilkan produk yang menggunakan retinol dalam keadaan berpatutan tanpa menyebabkan efek sampingan pada kulit dan dalam masa yang sama berkesan mengurangkan penuaan.
Menyedari betapa berkesannya retinol dan juga prihatin dengan persepsi pengguna terhadap kesan sampingannya, Kiehl’s berusaha menghasilkan satu produk retinol yang berkesan. Kiehl’s melancarkan Retinol Skin-Renewing Daily MicroDose Serum yang mana serum ini berkesan dalam mengurangkan penuaan dan dalam masa yang sama meminimumkan ketidakselesaan walaupun pada seminggu dua pertama penggunaan.
Menurut Dr. Nancy Ilaya, Pengarah Saintifik Global Kiehl’s, para saintis di Kiehl’s mengkaji formula retinol yang sesuai digunakan setiap hari lantas mereka menggunakan teknik ‘micro-dosing’ yang mana mereka menggunakan jumlah retinol yang kecil tapi sudah memadai untuk memberikan efek yang sama dengan penggunaan retinol yang tinggi. Formula yang dihasilkan juga ditambah dengan penggunaan peptide untuk menyokong manfaat retinol dan juga ceramides untuk membantu ketoleransian retinol dalam melindungi sel baharu pada permukaan kulit.
Maka terhasillah Retinol Skin-Renewing Daily MicroDose Serum, iaitu sebuah serum yang sesuai digunakan setiap hari. Dan hasil kajian Kiehl’s di kalangan pengguna yang sudah mencubanya, 100 peratus mengatakan kedutan dilihat berkurangan, 90 peratus pula bersetuju kulit berasa lebih anjal dan 94 peratus mengatakan tekstur kulit lebih baik selepas 12 minggu.
Cukup satu pam dan sapu rata pada wajah yang sudah dibersihkan. Lengkapkan penjagaan kulit dengan sapuan pelembap dan krim tabir suria. Ia juga boleh digunakan sebelum atau selepas anda menyapu serum Kiehl’s yang lain seperti Vitamin C (Clearly Corrective Dark Spot Solution atau Powerful-Strength Line-Reducing Concentrate pada waktu pagi atau , Vitamin A Vitamin A (Kiehl’s Retinol Micro-Dose Serum) pada waktu malam kerana ada sesetengah orang kulit mereka agak sensitif.

Soalan Lazim Tentang Retinol
Bilakah harus seseorang mula menggunakan retinol dalam penjgaaan kulit?
Menurut Dr. Meghan O’Brien, Perunding Dematologi Global Kiehl’s, Kulit kita mula melalui proses penuaan ketika usia 20-an. Secara perlahan tanda-tanda penuaan mula muncul seperti garis halus, kedutan dan ton kulit tidak sekata pada usia pertengahan hingga ke lewat 20-an. Dia mencadangkan anda mula menggunakan produk anti-penuaan seperti retinol pada usia begini.
“Saya sarankan anda menggunakan produk retinol dengan saiz sebesar buah pea setiap kali menggunakannya selepas wajah dibersih sempurna,” tambah Dr. Meghan.
Bolehkah melapiskan penggunaan retinol dengan produk lain yang mengandungi AHA atau asid salisilik?
“Biasanya saya menyarankan pengguna untuk tidak menggunakan sebarang bahan pengelupas kulit seperti AHA mahupun asid salisilik atau elakkan juga penggunaan skrub kerana jika anda menggunakan retinol, gabungan bahan-bahan ini mungkin membuatkan kulit mengalami iritasi. Bahan seperti niacinamide dan asid hyaluronic dilihat lebih sesuai untuk digabungkan dengan retinol kerana ia lebih lembut pada kulit,” ungkap Dr. Meghan.
Dia mencadangkan sesiapa yang mahu menggunakan retinol untuk melapiskannya dengan olesan pelembap dan juga krim tabir suria. Penggunaan pelembap khususnya yang memberi fokus pada memperkuatkan lapisan kulit akan membantu memperkasakan kulit dan mengekalkan lembapan sekaligus meminimumkan efek yang tidak menyelesakan.
“SPF pula adalah asas penting untuk mengekalkan keremajaan dan kulit yang sihat, lebih-lebih lagi penggunaan retinol boleh meningkatkan sensitiviti kulit kepada cahaya matahari,” tambahnya.
Dapatkan Kiehl’s Retinol Skin-Renewing Daily Micro-Dose Serum di sini.