Memperkenalkan revolusi terbaharu untuk penjagaan kulit yang anda boleh reka sendiri berdasarkan jenis dan kondisi kulit anda, Clinique iD
Akhirnya, satu inovasi buat penjagaan kulit wajah yang ramai nantikan selama ini tercipta. Clinique sekarang ini menjadi jenama kecantikan pertama yang menampilkan idea rejimen kecantikan kulit yang pengguna boleh reka sendiri mengikut jenis kulit mereka pada tahun 1968 dengan tiga sistem langkah ikonik.
Clinique mahu anda mengawal sepenuhnya serta mencipta sendiri pelembap terbaik untuk kulit anda. Ia telah diuji untuk alergi, bebas 100 peratus bahan pewangi, tanpa parabens, tanpa phthalates dan tanpa wangian.
Ia dicipta dengan 90 peratus asas pelembap dan 10 peratus kartrij aktif berkonsentrasi . Ia menjadikannya untuk mudah melembap kulit. Bahkan, ia juga tersedia dalam 15 kombinasi untuk menghidrat kulit anda serta merawat.
Clinique iD merupakan solusi penjagaan kulit paling mudah dan ringkas. Anda hanya perlu memilih Hydration Base dan satu daripada lima Active Cartridge Concentrate untuk mencipta Clinique iD Custom Hydrator anda.
Berikut adalah beberapa pilihan Hydration Base dan Active Cartridge Concentrate berdasarkan jenis kulit anda serta pilihan tekstur:
Hydration Base
1. Dramatically Different™ Hydrating Jelly
Ia baharu, ringan dan mempunyai tekstur water-jelly menyegarkan yang sesuai untuk semua jenis kulit
2. Dramatically Different™ Moisturizing Lotion+
Salah satu formula dan tekstur dari produk Clinique yang paling digemari ramai di seluruh dunia. Pelembap yang agak silky ini sesuai untuk jenis kulit sangat kering ke kombinasi kering.
3. Dramatically Different™ Oil-Free Gel
Ringa, tekstur gel losyen yang membantu menyeimbangkan dan menyegar jenis kulit berminyak. Ia sesuai untuk gabungan kulit berminyak ke sangat berminyak.
Active Cartridge Concentrate (Pilih berdasarkan kondisi kulit anda. Setiap kartrij mengandungi tahap keaslian tertinggi, bahan konsentrasi aktif yang mempunyai objektif dengan beberapa kondisi)
1. Irritation: Ia akan membantu menenangkan kulit
2. Pores & Uneven Texture: Memulih tekstur kulit serta memberikan kilauan wajah
3. Uneven Skin Tone: Bakal mengembalikan ton sekata serta mencerah kulit wajah
4. Fatigue: Memberikan tenaga serta memberikan keserian serta-merta
5. Lines & Wrinkles: Menyamarkan garisan halus sekaligus menganjalkan kulit
Akhir sekali, masukkan Active Cartridge Concentrate ke dalam Hydration Base pilihan anda untuk mencipta sistem pelembap anda sendiri. Anda boleh gunakannya dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Sapukan pada kulit wajah dan elakkan dari kawasan mata.