“Chance tidak boleh terlalu ‘gelap’, baunya tak boleh terlalu berat, ia seharusnya segar dan menangkap perasaan dalam sekelip mata,”- Olivier Polge.
Pemergian saya ke Tokyo bulan lalu menemukan saya sekali lagi dengan figura ikonik dalam dunia pembuatan haruman, Olivier Polge. Dia mewarisi kehebatan ayahandanya, Jacques Polge yang duduk di kerusi perfumer Chanel lebih dari tiga dekad. Ikuti temubual saya bersama Olivier Polge, bercerita tentang buah tangan terbarunya.
Boleh ceritakan permulaan tercetusnya untuk melancarkan Chance Eau Splendide?
Di Chanel, haruman adalah sesuatu yang sentiasa berada di atas pemnikiran. Gabrielle Chanel berekspresi tentang stail dan personaliti menerusi karyanya. Hari ini, pembikinan minyak wangi di Chanel masih lagi menjadi medium dalam mengekspresi keunikan visi dan emos. Dan Chance adalah refleksi yang bersifat semula jadi, punya impak dan punya elemen kejutan bagi Chanel sebagai satu jenama. Inspirasi Chance of Splendide bermula dengan idea yang bebas dan playful yang sememangnya sudah jadi karakter himpunan Chance. Saya mahu menghidangkan sesuatu yang lebih segar menerusi bahan yang berbeza selain warna yang berlainan.

Bagaimana pula prosesnya, boleh kongsikan?
Prosesnya mengambil masa kerana saya perlu ‘hidup’ dengan baunya. Ada masanya saya memerlukan dua minggu untuk memahami apa yang perlu ditukar atau dibega. Kadang-kadang saya ambil masa tiga hari untuk menantikan bahan-bahan mentah yang dipilih teradun mesra. Saya mencuba pelbagai bau, membandingkan satu demi satu. Saya bukan hanya mencari bau yang sedap tetapi mestilah baru.
Apakah cabarannya?
Semestinya untuk menghidangkan sesuatu yang baru.
Apa yang membuatkan Chance Eau Splendide berbeza dengan haruman Chance yang lain?
Interpretasi aroma Chance dihubungkan oleh warna bersama-sama nota bunga-bungaan yang bersifat ringan. Tiap satu interpreatsinya adalah unik tetapi mempunyai arah tuju yang sehala yakni sebuah komposisi yang hidup dan segar. Menerusi Chance yang baru ini saya mahu meluahkan sesuatu yang segar berserta dengan sesuatu yang inovatif. Saya membayangkan rasberi secara khususnya dan ternyata Chance Eau Splendide menyerlah dengan nota ini sekaligus menjadi Chance yang paling kuat nota buahnya.
Selain bau rasberi, rose geranium juga salah satu bahan utama dalam haruman ini. Boleh anda kongsi tentang pemilihan ini?
Nota bunga-bungaan adalah ciri penting di dalam Chance dan penggunaan rose geranium adalah pasak kepada haruman ini yang menjadikan ia sebuah ahruman yang elegan dan segarserta dalam masa yang sama mengimbangi bau keseluruhan agar tidak terlalu manis. Rose geranium semestninya antara bahan kebanggan kami yang dipetik di ladang bunga Chanel sendiri di Grasse.
Apakah elemen kejutan yang ada pada Chance Eau Splendide?
Pastinya bau buahan, dan ini juga antara pembaharuan yang dibawa menerusi Chance Eau Splendide kerana inilah kali pertama kami menonjolkan bau buah dalam haruman Chanel. Orang selalu fikir bau buah itu tak berapa sofistikaed dan saya tak setuju dengan pendapat itu. Ini adalah satu cara untuk orang di luar sana merasai cara kami menginterpretasi bau buah.
Bagaimana dengan pemilihan warna, mengapa ungu?
Ia dipilih selepas baunya siap. Warnanya dipilih berdasarkan impresi yang diberikan bau Chance Eau Splendide sendiri. Bau, warna, botol dan namanya sendiri terhubung sempurna, barulah kami rasakan haruman ini sudah lengkap.
Chanel Chance Eau Splendide yang menampilkan penyanyi kelahiran Belgium, Angele sebagai wajah rasminya sudah berada di pasaran, milikinya di pautan INI!
BACA: #EHksklusif Tembual Bersama Angele, Bintang Baharu Chanel Chance