Miley Cyrus berkongsi satu kisah lucu disebalik gaya rambut mullet, yang kini ternyata cukup sinonim dengan penampilannya.
Kemunculan Miley Cyrus di program Jimmy Kimmel Live! baru-baru ini mendldahkan satu kisah lucu di sebalik gaya rambut mulletnya. Menurut Miley gaya rambutnya sedemikian disebabkan oleh ibunya hanya tahu menggunting gaya sedemkian sahaja.
Miley pada penghujung tahun 2019 memotong rambut dengan gaya mullet namun pabila lockdown berlaku awal tahun ini rambutnya tumbuh panjang dan gaya mullet hilang. Ibunya, Tish memang tahu sedikit-sebanyak cara menggunting rambut tetapi sepanjang hayatnya dia hanya pernah menggunting rambut suaminya Billy Ray Cyrus dan adik lelakinya sahaja. Miley nekad mahu mencuba khidmat ibunya dan hasilnya memang tidak mengecewakan.
Apabila Penyanyi yang sedang hangat dengan lagu duetnya Bersama Dua Lipa memuat Naik gambar fotonya dengan gaya rmabut mullet pada pertengahan tahun ini, ramai yang tidak terkejut kerana gaya begitu memang sesuai dengan wajah Miley. Malah Miley sebelum ini memang sudah nampak lazim dengan gaya rambut pixie. Miley mula memotong pendek rambutnya sewaktu melancarkan album Bangerz beberapa tahun dahulu.
Pada awal tahun ini Miley terlebih dahulu membuat ‘debut’ penampilannya berambut mullet apabila dia dijemput untuk catwalk di pertunjukan Marc Jacobs di New York.
Baca: Lady Gaga Jadi Model Marc Jacobs
Aktres terkenal Zendaya juga pernah muncul dengan gaya mullet apda tahun 2016. Rihanna pula dilihat tampil dengan gaya rambut serupa tahun ini, begitu juga dengan Dua Lipa. Malah Kristen Stewart juga pernah menggayakan rambut yang sangat popular di era 70-an ini.
Melihat kembali transisi mullet, gaya begini meraih kemuncak popülarite pada era 70-an bila mana ketika itu ramai Penyanyi lelaki yang cumul senang dennen gaya ini. Penyanyi yang juga ditabal sebagai ikon fessyen era itu, David Bowie antara figura yang sangat sinonim dengan gaya mullet. Rod Stewart juga kekal dengan gaya mullet untuk dalam satu jangka masa yang lama.