Pilih bedak kusyen mengikut jenis kulit dan kemahuan anda :
Laneige BB Cushion Whitening SPF50+/PA+++ Edisi Terhad dengan Kristal dari Swarovski dan Laneige BB Cushion Pore Control SPF50+/PA+++ Edisi Terhad dengan Kristal dari Swarovski memberi sapuan yang lembut dan kulit yang lebih cerah disamping membekalkan kesegaran pada wajah sepanjang hari!
BERSINAR DARI DALAM
The Whitening Cushion dihasilkan dengan teknologi Melacrusher eksklusif yang mampu menghalang pembentukan melanin dan kesan tompok gelap. Teknologi Sparkling Coat Pigment pula menggabungkan salutan mutiara dan air yang berpigmen untuk hasil kulit nan lembap dan cerah berseri dari 360 darjah.
DUA LANGKAH SISTEM KAWALAN MINYAK
Jika anda risau tentang liang pori jelas kelihatan, Pore Control Cushion pasti jadi jalan pintas buat masalah kulit anda. Ia mengandungi efek blurring layer yang memantulkan semula cahaya lantas menyamarkan liang pori dan ton kulit yang tidak sekata. Sistem dua langkah yang unik ini mengawal pengeluaran sebum sementara meninggalkan rasa selesa dan hidrat pada kulit.
TAHUKAN ANDA?
Jumlah BB Cushion yang terjual di seluruh dunia bersamaan dengan gadungan 79 Gunung Everest!
TIP!
Tekan paf pada bedak kusyen dan tepekkan pada kulit wajah secara lembut. Bermula dari bahagian tengah hingga ke luar sisi wajah.
RAHSIAN BUAT KULIT SEMPURNA
Colour-correcting adalah antara sapuan asas yang menjadi keutamaan dalam menyamarkan kekusaman, bahagian kulit sensitif juga kebimbangan lain. Dengannya anda tidak perlu melapiskan bedak asas dengan tebal, malah hasil sapuannya tampak berseri secara semula jadi!
Laneige Skin Veil Base Cushion menjadikan bedak asas yang anda aplikasikan pada wajah meliputi dengan lebih sempurna, tahan lama dan menjadi lapisan perlindungan tambahan.
Sapukan pada wajah dengan menepuk lembut di bahagian bermasalah, asas ini merangsang keserian kulit semula jadi anda dan dalam masa yang sama membetulkan kekuningan dan kemerahan pada kulit. Fungsi Oil Control pula menyerap lebihan sebum dan meninggalkan rasa selesa, pusam dan lembap pada kulit.
MERANGSAN KESERIAN WAJAH
Dapatkan kulit sempurna nan menawan sperti Song Hye-Kyo dengan menggunakan Skin Veil Base Cushion! Hadir dalam dua jenis warna, ia turut dihasilkan dengan Skin Fit Cushion Technology sama seperti BB Cushion agar jumlah yang diaplikasikan pada kulit tampak lebih sekata. Digunakan bersama paf yang sama, hasil kulit anda bakal tampil lapan kali ganda lebih sempurna dari biasa, walau sebelum aplikasi bedak asas.
UNTUK KULIT SENSITIF DAN BERJERAWAT
Neutralkan kemerahan pada kulit anda dengan asas warna hijau pastel, tepuk paf secara lembut pada bahagian yang bermasalah dan ulang sehingga kesan kemerahan tidak lagi kelihatan.
Cuba: Skin Veil Base Cushion No.60
UNTUK KULIT KUSAM DAN TON TIDAK SEKATA
Tingkatkan keserian kulit wajah anda dengan asas warna lavender. Sapukan pada bahagian kulit kusam seperti garisan senyuman, tulang pipi dan kawasan sisi mulut.
Cuba : Skin Veil Base Cushion No.40