Cara anda menjaga penampilan anak mungkin dengan menyapukan minyak zaitun pada rambut atau memakaikan bedak bayi pada wajah anak anda. Tetapi, berlainan pula dengan isteri kepada jutawan terkenal, Donald Trump yang mengambil langkah ekstrem di dalam menjaga penampilan anaknya. Melania Trump akan menyapukan krim anti penuaan Caviar Complex C6 Moisturizer pada seluruh badan dan wajah anaknya yang baru berusia 7 tahun setiap kali selepas mandi. Produk tersebut turut digunakan sendiri olehnya.
PENJAGAAN ANTI-PENUAAN BULU MATA >>
APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PIGMENTASI >>
MITOS DAN FAKTA MENGENAI SINARAN UV >>
TIP SOLEKAN YANG PERLU ANDA TAHU >>
Melania turut menasihati semua ibu di luar sana untuk melakukan perkara yang sama kepada anak mereka. Sememangnya penggunaan produk anti-penuaan wajar dimulakan pada usia yang muda, tetapi untuk kanak-kanak kami rasakan tidak perlu. Takut lain pula jadinya nanti setelah usia mereka meningkat.