Probiotik yis hitam hasil penapaian selama 300 jam menjadi penguat dan pelindung penghadang kulit (skin barrier), lantas menjadi penawar kepada masalah kulit kusam dan kering. KOSE menghimpunkan 750 juta probiotik serta 87 peratus bahan asli yang dikawal selia oleh ISO 16128 hasil kajian sains semula jadi selama 36 tahun untuk sebotol serum yang anda perlukan.
Kehidupan pasca pandemik antara yang dinanti dan mahu diraikan. Tambahan pula dengan kadar vaksinasi yang terus bertambah memungkinkan kita akan menjalani kehidupan yang lebih bebas tidak lama lagi. Rasanya inilah masa untuk kita merancakan kembali rutin hidup disamping memesrakannya dengan norma baharu. Perintah kawalan pergerakan sebelum ini membuatkan ramai antara kita dibelenggu tekanan, rasa lesu dan dihimpit pelbagai cabaran. Walaupun bekerja dari rumah kedengaran seakan menyeronokan tapi hakikat selepas beberapa bulan menjalani kelaziman seperti itu barulah kita sedar ia sebenarnya benar-benar mencabar dan besar impaknya kepada kestabilan emosi juga ada impaknya pada fizikal.
Bila minda tertekan, tubuh berasa penat maka kesannya akan terserlah pada kulit. Bila diri kurang rehat, tidak cukup tidur memang akan ada kesannya pada kulit. Ini terbukti pada kajian yang mendapati apabila tubuh dan minda berasa lesu ia juga memberi kesan kepada lapisan perlindungan kulit. Itu belum ditambah lagi dengan faktor pencemaran persekitaran dan juga simbahan sinar UV yang memang kita tahu akan merosakan kulit.
KESAN STRES PADA KULIT
Apa yang akan terjadi pada kulit bila hal-hal ini berlaku? Kajian yang dijalankan oleh KOSE mendapati 98 peratus respondennya berasa penat, dan rata-ratanya bersetuju bahawa keletihan itu ada kesannya pada penampilan kulit mereka. Kajian itu juga mendapati keletihan menyebabkan kulit menjadi kusam, wajah kelihatan lesu, kulit kering dan kemunculan garis halus selain pori terbuka dan jerawat. Jika anda perasan bila kita tidak cukup rehat, tidak cukup tidur, kulit kelihatan sedikit kuning, membuatkannya nampak kusam dan lesu.
Sejak pandemik melanda, jika anda perasan ramai antara kita mula prihatin dan mengambil berat soal kesihatan. Pengambilan vitamin C misalnya menjadi satu rutin pilihan saban hari. Pelbagai inisiatif diambil demi memastikan tubuh kekal sihat. Tambah menarik, ramai juga mula sedar pentingnya menjaga kulit muka. Ruang masa yang lebih banyak dihabiskan di rumah memberi peluang untuk kita mula teliti dalam hal penjagaan kulit. Gerak-geri yang terbatas membuatkan ramai wanita lebih fokus kepada penjagaan kulit berbanding bersolek.
MANFAAT PROBIOTIK UNTUK KULIT
Dalam situasi kita yang lebih teliti menjaga kesihatan termasuklah dalam hal pemakanan, produk penjagaan kulit terkenal, KOSE menceduk idea dari cara penapaian makanan, yang mana makanan yang diperap atau ditapai bukan sahaja lazat rasanya malah ada kebaikan disebaliknya termasuklah yang berkaitan dengan sistem imunisasi. Hasil kajian mendapati terdapat 20,000 jenis probiotik daripada juadah tradisi Jepun. Proses semula jadi ini akan menghasilkan perkembangan probiotik yang mana baik untuk mengurangkan jangkitan seperti selsema.
KOSE menerusi produk terbarunya, Sekkisei Vitalizing Serum memanipulasi kebaikan probiotik yis hitam (Black Yeast Probiotic) hasil daripada kajian selama 36 tahun mereka. Ia dihasilkan daripada 87 peratus bahan semula jadi yang dikawal selia ISO 16218 dan probiotik yis hitamnya terhasil daripada buah pisang kaki yang dikeringkan menerusi cara penapaian tradisi Jepun. Sebanyak 750 juta probiotik dikulturkan selama 300 jam untuk setiap isi botol serum ini.
Probiotik yis hitam berfungsi sebagai pelindung pada kulit, baik pada lapisan luar mahupun dalam. Ia mengandungi manfaat rahsia iaitu beta-gulcan yakni sejenis membran yang melindungi probiotik dari kerosakan luar semasa bertindak sebagai penghadang semula jadi untuk melindungi sel kulit beta-gulcan juga membuatkan kulit terus lembap dan berasa lebih mulus.
Jadi jika dilihat daripada proses perlindungan yang ditawarkan oleh probiotik yis hitam di dalam serum ini, situasinya sama bagaimana probiotik melindungi diri daripada jangkitan penyakit, yang mana ia berkait rapat dengan sistem imunisasi. Jadi begitulah pada serum ini, ia melindungi penghadang kulit (skin barrier) dan dalam masa yang sama menguatkannya untuk terus bertahan daripada sebarang kesan pencemaran.
Tambah menarik serum ini turut disempurnakan dengan ITOWA, yakni bahan asli yang diguna pakai oleh KOSE sejak dulu lagi dalam memelihara lembapan kulit. KOSE menemukan teknologi dan bahan semula jadi ini untuk meningkatkan kandungan air dalam kulit. Air ini yang menyerap masuk ke dasar kulit dan memastikannya kekal lembap.
MANFAAT SEKKISEI VITALIZING SERUM
Menurut KOSE, hasil penggunaan serum ini secara berterusan selama empat minggu, volum kandungan air dalam kulit akan meningkat lantas menjadikan kulit lebih lembap dan dalam masa yang sama fungsi penghadang kulit juga semakin baik. Kulit menjadi lebih kuat dan bertenaga. KOSE juga mendapati tekstur kulit juga berubah, lebih anjal dan berseri-seri. Sapukan Sekkisei Vitalizing Serum pada wajah selepas sapuan losen atau penyegar. Tekstur serum ini ringan, tidak melekit, mudah diserap, bebas pewarna mahupun paraben serta aromanya menyegarkan. Sapu dengan lembut dan menyeluruh pada wajah. RM340 (50ml). KOSE Sekkisei Vitalizing Serum boleh di dapati secara atas talian di Kose E- boutique, Shopee dan Lazada.