Siapa sangka pelitup mulut dan hidung yang kita pakai setiap hari demi melindungi diri daripada wabak secara senyap mengganggu persekitaran atau microbiome mata. Ini kerana atmosfera di bawah pelitup lebih hangat dan lembap meluap ke kontur mata lalu mengganggu fungsi pertahanan kulit menjadikan ia tidak seimbang. Kerana itulah Advanced Génifique Eye Cream lebih diperlukan dalam keadaan kita sekarang ini untuk memastikan microbiome kontur kulit sentiasa seimbang.
Bahagian penyelidikan Lancôme telah menemui bahawa kulit pada kontur mata mempunyai microbiome yang khusus, tidak sama seperti bahagian wajah lain. Ia tiga kali lebih nipis, menjadikan ia lebih mudah ternyahhidrat dan lebih cepat tua. Diperkaya dengan adunan kompleks tujuh pecahan pre- dan probiotik, yang diadunkan bersama asid hialuronik, derivatif vitamin C serta bahan aktif khusus untuk kontur mata Lancôme Advanced Génifique Eye Cream bertindak ke atas microbiome, menguatkan lapisan pertahanan kulit, melindungi daripada pencemaran agar mata anda tampil muda berseri, tiada bayangan gelap atau garis-garis halus.
Bukan sahaja formula berevolusi, Advanced Génifique Eye Cream turut menampilkan tekstur yang luar biasa. Gel krim putih bersinar terasa lembut bak baldu dan meresap ke dalam kulit serta-merta. Ia menyaluti kulit dengan lapisan perlindungan yang terasa ringan namun mampu menghidratkan tanpa rasa melekit. Diformulakan dengan mika, mutiara serta pigmenmineral putih, kulit nampak cerah serta-merta, lebih sekata dan terasa licin dan lembut. Selepas tujuh hari seluruh penampilan mata kelihatan lebih muda berseri!
Setelah mengetahui kehebatan Advanced Génifique Eye Cream, anda boleh menghela nafas lega dan teruskan aktiviti harian tanpa perlu runsing akan kesan pelitup muka atau pencemaranpada kontur mata. Kerdipan mata 10,000 kali sehari pun tiada masalah, malah lirikan mata anda pastinya lebih menawan asalkan ada Advanced Génifique Eye Cream siang dan malam.