Teks : Khairul Abidin
Ternyata bukan omong kosong, Kiehl’s menunaikan jaminannya kulit kekal lembap biar di suhu paling ekstrem. Editor EH! Khairul Abidin ishak mengujinya sendiri di bumi Finland.
Pagi itu suhu di Rovaniemi, Finland mencecah negatif 11. Jam 10 pagi saya dan ‘tetamu’ Kiehl’s yang lain dibawa ke Santa Claus Village di Rovaniemi. Sebelum bertolak, seperti biasa saya mengoles pelembap wajah, dan pilihan saya hari itu tentulah Ultra Facial Cream daripada Kiehl’s. Beberapa jam menikmati dingin salji di ‘pejabat’ Santa Claus saya pulang ke hotel untuk acara seterusnya. Sewaktu majlis berlangsung kami dipinjamkan peranti untuk menguji kelembapan kulit.
Saya terkejut kulit saya mencapai tahap memuaskan, cukup lembap. Cuaca ultra dingin di luar gagal mengerinkan kulit saya. Ternyata apa yang Kiehl’s uar-uarkan sebelum ini ternyata benar. Maka tidak hairanlah krim ikonik ini sudah mendapat lebih 70 anugerah kecantikan seluruh dunia malah mendapat hampir 200 ribu maklum balas positif di internet.
Mula diperkenalkan pada tahun 2006, penghujung tahun lalu Kiehl’s menyuntik formula baru ke dalam pelembap paling larisnya ini. Menyedari permintaan produk tanpa paraben semakin meninggi, Kiehl’s mencuba pelbagai cara juga formula dalam menemukan ramuan paling sesuai dengan misi mereka. Dalam lima tahun saja mereka sudah mencuba 114 formulasi sebelum menemui inti pati terbaik seperti mana yang dioles oleh pengguna tegar Kiehl’s hari ini. Ultra Facial Cream yang baru ini bebas paraben, carbamide iaitu bahan yang mengelupaskan kulit yang juga menyebabkan iritasi, dan ia juga bebas T.E.A (penyeimbang pH).
Jadi apa jaminan Kiehl’s kepada anda yang menggunakan Ultra Facial Cream? Pastinya kulit lembap sepanjang 24 jam sebaik aplikasi, malah dua kali lebih lembap dari sebelumnya. Malah kulit menjadi lebih lembut, halus dan juga kelihatan lebih sihat. Dan jaminan ini semuanya berlandaskan kepada percubaan mereka kepada pelbagai jenis kulit, baik yang sensitif juga yang normal daripada pelbagai etnik juga telah dicuba sendiri oleh mereka yang gemarkan aktiviti lasak khususnya di kawasan bercuaca ekstrem.
Apa Bahan-Bahannya?
Glacial Glycoprotein yakni protein yang diperolehi daripada glasier laut untuk melindungi dan melembap secara mendalam serta dalam masa yang sama menghalang kulit kehilangan air.
Squalane. Apa itu squalane? Sejenis manfaat atau bahan yang terkandung di dalam buah zaitun. Ia mempunyai minyak yang melembap lantas mengembali dan menguatkan pertahanan kulit.