Pewarna Kuku Natural
Pada tahun 1989, pendandan rambut peribadi Queen Elizabeth ada menulis surat kepada jenama pewarna kuku terkenal, Essie. Dalam surat itu dia menulis meminta Essie mengirimkan sebotol pewarna kuku ‘Ballet Slippers’ kerana hanya warna itu sahaja yang menjadi kesukaan baginda. Warnanya sangat natural, punya biasan warna merah samar dengan kemasan seakan krim. Pewarna kuku itu pernah menjadi yang paling laris. Malah jenama Essie juga menjadi pilihan Kate Middleton di hari perkahwinannya dengan Putera Williams. Harga pewarna kuku ini sekitar RM40 sahaja.