Bila terlalu fokus pada kulit muka sahaja, sampai terlupa kulit badan juga mahu dibelai. Ini punca kulit badan kering dan produk saranan EH! yang boleh anda amalkan untuk kulit badan lembap menjelang lebaran.
Macam mana nak tahu kulit badan kita kering atau tidak? Apa tanda-tandanya? Ada beberapa petanda yang menunjukkan kulit kita kering, antaranya teksturnya kasar, adakala berkuping-kuping dan warnanya kusam. Kadang-kadang bila terlalu kering kulit badan boleh jadi sensitif, mudah teriritasi dan juga kemerahan. Kalau nak lebih mudah ialah dengan ‘menggores’ kulit dengan kuku. Kalau nampak putih-putih, itulah tandanya kulit kita kering.
CARA KEKALKAN KELEMBAPAN KULIT BADAN
Minum Air Yang Cukup
Secara amnya dengan meminum banyak air ia bukanlah faktor utama yang melembapkan kulit, tapi ia salah satu keperluan untuk memastikan lembapan dalam sel kulit dapat dikekalkan. Dan minumlah air kosong, bukan air yang manis-manis ya. Air yang mengandungi kafein biasanya menyebakan kulit kering, dan jika terlebih ambil garis-garis halus cepat kelihatan.
Tidur Yang Cukup
Sewaktu tidur, tubuh akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan (maintenance) supaya keseimbangan lembapan tubuh dapat dikekalkan menerusi peluh yang terhasil sewaktu tidur. Proses semula jadi ini akan berlaku bila kita mendapat tidur yang cukup. Bila tidak cukup tidur (lebih kurang lapan jam sehari), anda akan perasan kulit mudah kelihatan kusam.
Jangan Skip Krim Tabir Suria
Rajin-rajinkanlah memakai krim pelindung matahari (sunscreen). Jadikan ia satu rutin wajib harian kerana selain melindungi kulit dari selaran cahaya matahari. Pendedahan kepada sinaran UV boleh menarik air dari kulit semasa kita berpeluh. Ia juga merosakkan kulit pada tahap selular, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.
Diet Sihat
Makanan seperti kacang, biji, alpukat, dan ikon berminyak boleh memberi kesan positif pada tahap penghidratan keseluruhan kulit, serta tahap kulit. buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan lain yang mengandungi vitamin A, C dan D akan membantu mengekalkan penghalang kulit yang sihat yang akan mengunci kelembapan.
Perhatikan Bahan Dalam Kandungan Produk
Bahan atau formula yang berlebihan atau harsh juga boleh menjadi faktor kulit kering. Jadi bila sebelum membeli mana-mana produk, ketahui apakah antara bahan yang boleh menyebabkan kulit kering. Contohnya jika terlebih guna asid alfa-hidroksi (AHA), anda akan dapati kulit mengalami hidrasi. Retinol misalnya, ramai tahu kelebihannya dalam meremajakan kulit tapi jika salah guna aia juga boleh menyebabkan kulit kering.
Gunakan Pelembap Secara Konsisten
Sudah matlamatnya hendak melembapkan kulit, jadi kenalah guna losen atau krim pelembap. Asid hyaluronik dan juga gliserin adalah bahan yang banyak digunakan dalam produk penghidratan.
PRODUK PILIHAN EH!
Salt & Stone Black Rose & Oud Hand Cream, RM100
Dari namanya saja sudah tahu betapa wanginya krim tangan ini. Diformulakan sebagai vegan, krim tangan ini teksturnya ringan, tak buat tangan rasa melekit-lekit. Squalene (bahan dari buah zaitun) membuatkan penghidratan krim ini lebih lama bertahan pada kulit.
Frank Body Rosehip Body Scrub + Cleanser and Glycolic Body Scrub
Skrub dan pembersih badan ini mengandungi dua bahan asid yang terkenal dalam formula produk penjagaan kulit badan yakni asid glikolik dan laktik. Kedua-dua bahan ini bermanfaat dalam membersihkan kulit dari kotoran dan juga kesan pencemaran pada kulit. Diperlengkapkan dengan niacinamide lantas memadatkannya dengan khasiat dalam mencegah jerawat badan dan juga menghindar kemunculan garis-garis halus. Kandungan witch hazel pula untuk melindungi kulit dari kemerahan.
Rare Beauty Find Comfort Hydrating Lotion, RM149
Dengan haruman yang nyaman dan menyelesakan, losen ini membelai kuliut dengan manfaat penghidratan serta khasiat mencerahkan. Berserta dengan vitamin dan antioksidan seperti niacinamide, ekstrak bunga pic, dan ashwaganda, ia menenang, menegang serta mencergaskan kulit dengan menjadikannya bagai bercahaya yang sihat.
Sol De Janeiro Delicia Drench Body Butter, RM108
Baluti badan dengan lembapan yang harum dan sedap baunya. dengan kelembapan delícia (lazat). Body butter ini bertindak sebagai penyokong penghadang kulit dan menembusi jauh di bawah permukaan kulit untuk mengunci kelembapan dan melegakan kulit yang terlalu kering.
Kesemua produk ini sudah boleh anda dapatkan di Sephora.
BACA: Miliki Bibir Mungil Seksi Dengan Teknik Double Gloss, Fenty Beauty