Skin fasting bukan melupakan penjagaan kulit secara terus, tetapi memberi ruang untuk kulit berfungsi secara semula jadi. Kadangkala, less is more!
Dalam dunia kecantikan yang dibanjiri dengan pelbagai produk kecantikan yang mendominasi rutin harian kita kadang-kadang kita terlupa bahawa kulit juga memerlukan masa untuk diri sendiri. Konsep skin fasting dalam penjagaan kulit ini semakin mendapat perhatian ramai. Tapi, adakah ianya benar-benar berkesan atau hanya sekadar gimik kecantikan?
Skin fasting umpama kita detox kulit wajah, memberikan wajah kita rehat sementara dari bahan aktif yang mungkin telah membebankan lapisan kulit selama ini. Jadi, jom EH! Kongsikan tip yang anda perlu tahu dan cara untuk mencubanya sendiri di rumah.
Apa Itu Skin Fasting?
Skin fasting adalah meminimumkan penggunaan produk penjagaan kulit buat sementara waktu. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada kulit detox secara semula jadi tanpa gangguan bahan aktif harian. Ia umpama memberi ruang kepada kulit untuk reset dan mengembalikan keseimbangan semula jadi.
Kenapa Kulit Perlu Berehat?
Setiap hari, kita menyapu berlapis-lapis produk, tanpa menyedari bahawa bahan aktif yang terlalu banyak boleh mengganggu keseimbangan semula jadi kulit. Namun tanpa disedari kulit mungkin boleh menjadi terlalu bergantung kepada produk tertentu atau lebih buruk, mula menunjukkan tanda-tanda iritasi dan ‘burn out’.
Cara Lakukan Skin Fasting
Jika anda baru pertama kali ingin mencuba skin fasting, lakukan secara perlahan dan berperingkat. Tujuannya adalah untuk beri ruang kepada kulit bernafas dan kembali seimbang tanpa tekanan dari bahan aktif harian.
1. Mulakan seminggu sekali
Pilih satu hari pada hujung minggu untuk berehat sepenuhnya daripada sebarang produk. Tiada makeup, tiada serum, hanya bilasan dengan air suam.
2. Kurangkan Produk
Berikan kulit anda rehat dengan hanya menggunakan pembersih lembut dan pelembap asas selama beberapa hari. Ini membantu kulit menstabilkan semula fungsinya tanpa gangguan bahan aktif yang berlebihan.
3. Pilih Waktu Yang Sesuai
Waktu memainkan peranan penting. Elakkan skin fasting ketika cuaca terlalu panas, kering atau sejuk melampau serta ketika kulit sedang mengalami breakout teruk. Dalam situasi ini, kulit lebih memerlukan sokongan daripada produk yang sesuai.
Adakah Ia Sesuai Untuk Semua?
Skin fasting mungkin tidak sesuai untuk semua, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema, psoriasis atau rosacea yang memerlukan rawatan berterusan. Jika anda bergantung kepada ubat atau prescription skincare, anda perlu rujuk pakar terlebih dahulu sebelum mencuba trend ini.
Artikel Berkaitan: 5 Makanan Yang Baik Buat Kulit Anda