Seperti tubuh, kita memerlukan vitamin yang mencukupi dengan kesihatan yang baik tetapi adalah juga penting untuk kita menjaga kesihatan kulit. Kini anda boleh kembalikan keserian kulit wajah dengan rangkaian produk kecantikan yang berasaskan vitamin yang baik untuk kulit.
Mamonde memperkenalkan Vital Vitamin, rangkaian produk penjagaan kulit yang diformulasikan dengan tujuh vitamin kompleks yang mampu memberikan kulit anda berseri serta tiada lagi kulit kusam.
Ia hadir dalam dua produk iaitu Vital Vitamin Essence dan Vital Vitamin Cream. Kedua-duanya dicipta untuk membantu memulih dan memberikan lembapan pada kulit agar ia berseri dari dalam. Salah satu bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan Vital Vitamin termasuklah bunga Bitter Orange yang diekstrak segar pada hari ia dipetik demi untuk mengelakkan sebarang perubahan dari segi haruman serta ronanya.
Tidak seperti bunga buah oren manis yang sering digunakan di dalam pembuatan produk kecantikan, bunga Bitter Orange terkenal dengan kehebatannya yang lebih efektif kerana jangka masanya untuk mekar agak pendek.
Bunga ini dipetik kelopak demi kelopak dan hanya sebanyak 1 kilogram minyak pati yang diperolehi dari 1000kilogram kelopak bunga tersebut. Bunga ini tidak hanya menyalurkan lembapan dan anti-oksidan untuk kulit, malah juga memberikan aroma yang cukup mengujakan.
Bahan-bahan lain yang termasuk di dalam produk rangkaian ini adalah dari enam vitamin yang berbeza, masing-masing membantu dalam memberikan kulit wajah yang lesu kembali segar bermaya. Vitamin yang turut ada di dalam produk ini termasuklah:
Vitamin B3 – Memberikan kulit cerah
Vitamin B5 – Menguatkan perlindungan kulit
Vitamin F – Membuatkan kulit lebih lembut dan mulus
Vitamin E – Memastikan keanjalan kulit
Vitamin C – Membantu kulit bersih, segar dan muda
Vitamin P – Membantu mempercepatkan serapan Vitamin C ke dalam kulit
Vital Vitamin Essence, 100ml (RM135)
Esen ini mengandungi vitamin kaya anti-oksidan iaitu C, E dan F yang dicipta dalam kapsul berbentuk kelopak yang mana pecah di atas kulit pabila bersentuh dengan permukaan kulit wajah untuk memberikan look bertenaga. Vitamin B3, B5 dan P turut sama terkandung di dalamnya. Teksturnya yang seakan air memudahkan ia untuk disapu rata pada kulit serta memudahkan penyerapan ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit serta memastikan kulit lembap dan lembut.
Tip : Gunakannya dalam rutin penjagaan kulit setiap hari untuk hasil yang memberangsangkan. Lembapkan beberapa keping kapas muka dengan esen ini dan biarkannya di atas kulit wajah selama 10 minit. Ia lebih efektif jika digunakan dalam keadaan sejuk.
Vital Vitamin Cream, 50ml (RM135)
Ia dihasilkan dengan bahan yang sama dengan esen, krim Vital Vitamin hadir dalam formula gel air yang menyerap ke dalam kulit dengan secepatnya serta mencerah dan mengembalikan lembapan kulit. Krimnya yang berona kuning melambangkan vitamin yang terkandung di dalamnya serta natural pigments. Ia juga mengandungi asid hyaluronik dan beta-glucan yang bekerjasama dalam mendapatkan kulit lembut dan lembap secukupnya, memberikan kulit lembap dengan kemasan yang tidak melekit serta seri semula jadi.
Kedua-dua produk Mamonde Vital Vitamin Essence dan Cream boleh didapati di kaunter-kaunter Mamonde Beauty di Aeon 1 Utama PJ, Aeon Mid Valley Megamall, KL, Aeon Bukit Indah, JB, Aeon Tebrau City, JB dan stor Sephora yang terletak di Mid Valley, KK dan Nu Sentral, KL. Ia juga boleh didapati di Lazada.com.my dan Hermo.my.