Kesibukan beraya bukan alasan untuk kamu mengabaikan kesihatan kulit. Sempena kempen Get Naked, Dermalogica berharap dapat membantu kamu mendapatkan kulit yang cantik tanpa solekan. Tanpa mekap yang tebal, kamu masih mampu tampil penuh yakin ketika meraikan hari raya bersama keluarga dan sahabat handai.
Dermalogica Special Cleansing Gel diformulasi untuk mengeluarkan kotoran secara menyeluruh dan tidak mengandungi wangian atau pewarna tiruan.
Kulit kamu memerlukan pelindung matahari yang sesuai bagi menghalang pancaran matahari yang berbahaya daripada merosakkan kulit. Dermalogica Solar Defense Booster SPF 50 mudah dimuatkan ke dalam tas tangan kamu kerana saiz yang kompak!