Bukan hanya tubuh, malah kulit juga memerlukan vitamin tambahan demi kulit yang mulus remaja walaupun sudah meningkat usia.
Di kala kehidupan kita yang cukup urban sekarang ini sememangnya agak sukar untuk mengamalkan kehidupan yang sihat lebih-lebih lagi untuk memastikan tubuh agar kekal langsing serta pengambilan amaun vitamin yang sepatutnya setiap hari.
Dengan pengambilan sayur-sayuran, bijian penuh, bahan tenusu dan daging secara berlebihan memerlukan kita untuk mengambil Vitamin B yang mana membantu meningkatkan metabolisme serta sistem imun tubuh.
Namun, bagaimanakah dengan penjagaan kulit pula? Adakah wujud supplement hanya untuk menjaga kulit kita yang sentiasa terdedah dengan pencemaran, penghawa dingin dan cuaca yang tidak menentu? Jawapannya semestinya ada!
Negara Korea Selatan yang terkenal dengan rangkaian produk kosmetik yang dicipta berkualiti tinggi kini melahirkan sebuah supplement untuk kulit iaitu dari CNP Skin Clinic di Seoul dipanggil CNP Laboratory.
Ia dicipta oleh 50 dermatologi yang terkenal dari klinik kulit tersebut. Pada asalnya, ia direka khas untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik tersebut sahaja, tetapi pabila melihat ramai yang menyukai akan kehebatan dan kesannya, ia kini menjadi satu produk untuk umum.
Dengan Vita-B dari CNP Laboratory, kulit anda akan kembali cerah merah semula jadi pabila nutrisi vitamin B ini mula menyerap masuk ke dalam kulit. Ini bermakna, kulit anda akan cerah berseri kemerah-merahan serta-merta, hanya perlu ucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam sahaja.
Vita-B direka rendah rengsa dan pantas menyerap masuk ke dalam kulit, malah ia juga diformulakan tidak melekit. Jadi ia sesuai untuk kegunaan bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan sensitif sekali pun.
Antara kehebatan produk ini serta efek magis yang bakal anda lihat menerusi kulit wajah anda adalah seperti berikut:
Kulit Sihat Berseri
Tujuh jenis vitamin B yang mana membantu memberikan kulit lembap sempurna dengan sihat.
Kekal Hidro-Glow Pink Dengan Cherry Blossom Water
Air yang ditapis telah digantikan dengan Korean Cherry Blossom Water, yang mana mempunyai kehebatan hidrat paling mujarab untuk memberikan efek kulit semula jadi dewy.
Tona Kulit Lebih Cerah
Bahan antioksidan paling berkesan ini ditambah ke dalam Niacinamide (Vitamin B3) untuk dos mencerah dua kali ganda, menyamarkan kesan pigmentasi dan kulit berseri.
Rendah Rengsa Dan Menyerap Lebih Pantas
Bahan pelembap kulit ini memastikan lapisan dalam kulit cukup lembap, menyekat hidrasi kulit demi kesan selesa berpanjangan. Bahkan, ia juga ringan dan tidak langsung membuatkan kulit berminyak atau melekit.
Vita-B Energy Ampule (RM123, 15ml) Inilah dia multivitamin supplement yang dicipta untuk kulit tidak bermaya. Ia direka khas untuk mengembalikan ‘pink glow‘ pada kulit.
Cara menggunakannya : Selepas membersih dan menggunakan toner wajah, letakkan beberapa titik Ampule di atas jari dan tap secara lembut di sekitar kulit muka. |
Vita-B Energy Gel Cream (RM150, 50ml)
Krim super-hydrating ini diperkaya dengan Vitamin B yang menjanjikan kulit cerah kemerahan berseri. Formulanya yang menyejukkan sangat sesuai digunakan sebagai rawatan kulit selepas terdedah pada cahaya matahari, boleh juga digunakan sebagai sleeping mask.
Cara menggunakannya : Sebagai langkah terakhir untuk rejim penjagaan kulit anda sebelum krim tabir suria, sapukan krim ini pada kulit wajah dan leher dalam pergerakan membulat. Elakkan pada kawasan mata. Untuk menggunakannya sebagai sleeping mask, sapukan lapisan sedikit tebal pada kulit dan urut wajah sehingga ia menyerap ke dalam kulit dengan sepenuhnya.
|
Anda boleh dapatkan CNP Laboratory Vita-B line di stor THE FACE SHOP terpilih iaitu MidValley, Sungai Petani, Pavilion, Queensbay Mall, Gurney Plaza, Wisma Sanyan, Kinta City, 1 Utama, Bintang Megamall, Viva Megamall, Paradigm JB, Kluang Mall, Empire Gallery dan Sunway Velocity. Ia juga boleh didapati menerusi atas talian di https://www.thefaceshop.com.my/brands/brand-cnp-laboratory.