Apa rahsia kulit bersih, sihat dan berseri? Semuanya bermula dari langkah pertama yakni mencuci. Bunyinya ringkas tapi tak semua orang patuh dan melakukan rutin membersih dengan sempurna. Kerja membersihkan muka ini mungkin mengambil masa yang sedikit lama bagi mereka yang bersolek setiap hari. Mekap jika tidak dibersihkan betul-betul memang akan membuatkan kulit nampak kusam, hilang seri lama-lama. Tidak boleh mencuci dengan terkocoh-kocoh, takut kesan solekan atau kotoran yang tersumbat di dalam pori tidak dibersih sepenuhnya, akhirnya akan menyebabkan jerawat.
Dua tahun lalu, Chanel memperkenalkan tujuh produk untuk mencuci wajah yang dibarisi dengan cleansing oil, buih pembersih dan macam-macam lagi. Tahun ini, Chanel menambah lagi tiga produk untuk melengkapkan lagi rejim cucian wajah.
Pertama: Le Gel, Anti-Pollution Cleansing Gel.
Pencuci lembut ini sesuai untuks emua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Formulanya membersihkan wajah tanpa mengeringkan. Gunakannya dua kali sehari dengan dua pam Le Gel pada tapak tangan dan gosok dua tapak tangan hingga keluar sedikit buih dan sapukan pada muka dengan gerakan membulat. Bilas dengan air sejuk. Untuk cucian berganda boleh digandingkan bersama cleansing oil untuk proses membersihkan solekan terlebih dahulu.
Kedua: Le Gommage, Anti-Pollution Exfoliating Gel
Dalam seminggu kita perlu lakukan satu ke tiga kali proses pengelupasan atau exfoliation. Le Gommage dari Chanel ini mempunyai saiz biji mikro berbeza yakni menggunakan jojoba untuk memastikan ia berkesan dalam menyingkirkan sel kulit mati. Basahkan sedikit muka dengan air kemudian urut muka dengan Le Gommage (bukan gosok ya) selama seminit. Kemudian bilas.
Ketiga: Le Masque, Anti-Pollution Vitamin Clay Mask
Dicipta untuk melembapkan kulit muka dengan satu langkah. Teksturnya berkrim mengandungi ekstrak macaruja dan tanah liat putih dari Perancis. Sapuan pupur ini boleh diaplikasi menggunakan jari atau berus. Mulakan dari zon-t yakni area hidung dan bawa ke luar. Jika rajin boleh gunakan setiap pagi sebelum menyapu serum, krim pelembap dan krim tabir suria. Biarkan pupur selama satu minit di wajah. Dan untuk kesan yang lebih efektif gunakan tiga kali seminggu dan biarkan selama 10 minit.