Bukan hanya penampilan semata, malah kunci kepada keyakinan diri juga bergantung pada bau haruman yang kita pakai sepanjang hari.
Kebersihan dan penampilan diri semestinya perlu dijaga dengan sebaiknya kerana ia secara tidak langsung mencerminkan personaliti dalaman seseorang. Dari segi pemilihan haruman wangian, boleh kata majoriti ramai yang memilih haruman yang berbau segar dan boleh kekal tahan lama sepanjang hari.
Mungkin kali ini anda patut masukkan sekali haruman Mercedes-Benz dalam senarai kerana ia tampil dengan wangian baru buat lelaki dan wanita.