Hembusan asmara Lana Del Rey dan jared Leto kembali bertiup bulan ini seiringan dengan pelancaran haruman Gucci Guilty yang kini tampil dengan bungkusan baharu.
Hubungan romantis antara Lana Del Rey dan Jared Leto ditautkan kembali apabila Gucci melancarkan semula kempen Gucci Guilty yang pernah mereka bintangi dua tahun lalu. Klip yang menyaksikan kemesraan Mereka dari bilik mini motel, berjalan ke pasaraya dan makan malam di restoran kembali bertebaran bulan ini.
“The taste, the touch, the way we love, It all comes down to make the sound of our love song”- Lana Del Rey, Love Song
Istimewanya, Gucci Guilty Eau de Toilette pour Femme kali ini ditampilkan dalam kelakang baru yang mana ia disempurnakan dengan botol berhias metalik dalam ton rose gold. Botol kacanya separuh terdedah, separunhnya lagi dibaluti metalik mendedahkan cecair minyak wanginya yang sekali imbas jelas ketara berwarna merah jambu pucat.
Gucci Guilty Eau de Toilette pour Femme disempurnakan baunya dengan gabungan nota amber dan patchouli bersama Limau Mandarin juga lada Merah jambu (pink pepper) serta ditambah segar dengan sentuhan geranium yang diimport dari Mesir juga kuntuman lilac. Ramuan-ramuan ini beradun mesra lantas mencipta aroma yang penuh sensual dan padu. Jika anda masih mencari bingkisan sempena hari kekasih tahun ini, don’t feel guilty untuk dapatkan haruman sepasang ini.
Artikel Berkaitan: Most Nominated Singers Yang Tidak Pernah Menang Satu Pun Anugerah Grammy