Lancôme Génifique bukan lagi asing dalam dunia kecantikan, namanya sudah sinonim dengan kuasa pemulihan kulit. Rangkaian ikonik ini hadir dengan dua tambahan baharu, Génifique Ultimate Lotion dan Génifique Ultimate Eye Cream.
Masuk tahun ini sudah masuk tahun keempat Lancome mengundang EH! ke Singapura untuk memeriahkan acara pelancaran pop-up rangkaian Génifique. Setiap kunjungan membuatkan kami semakin dekat dengan produk nombor satu di Lancome ini.
Bersama dengan produk terlarisnya, Génifique Ultimate Serum, jenama ini dengan bangganya memperkenalkan dua inovasi revolusioner yang berfungsi secara sinergi untuk membuka potensi penuh pemulihan kulit, Génifique Ultimate Lotion dan Génifique Ultimate Eye Cream.
Acara ini menampilkan peluasan rangkaian Génifique Ultimate, formula terobosan Lancôme yang menggabungkan 27 tahun sains pemulihan dengan bahan aktif berinspirasi perubatan, BetaGlucan-CM. Bahan ini terbukti mampu meningkatkan keupayaan semula jadi kulit untuk memperbaiki diri serta mempercepatkan proses pemulihan sehingga mampu membaiki kerosakan kulit setahun hanya dalam masa seminggu. Pada masa yang sama, ia juga secara klinikal berkesan memudarkan dan melengahkan tanda penuaan, memperbaiki tekstur, meningkatkan hidrasi serta menjadikan wajah kelihatan lebih muda dan berseri.
Pop-up tahun ini berdiri megah di hadapan pusat beli-belah tersohor Ngee Ann City di Orchard Road, menampilkan konsep futuristik yang terserlah bukan sahaja pada rekaan luaran, malah juga pada seni bina dalaman dan aktiviti interaktif di dalamnya, seakan membawa para pengunjung menjelajah ke era baharu kecantikan.
Pop-up eksklusif Lancôme ini telah berlangsung sehingga 31 Ogos lalu dan dibuka secara percuma untuk semua. Sepanjang acara, para pengunjung berpeluang untuk mendaftar di Génifique Repair Ops Game Lab untuk mendapatkan Lancôme Skin Scientist ID, sebelum memulakan perjalanan penuh teknologi yang diakhiri dengan Génifique Skin Defense Game.
Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba sendiri keberkesanan Beta-Glucans di Lancôme Skincare Discovery Zone melalui ujian khas Génifique Crash-Test. Selain itu, para pengunjung juga dapat menikmati servis penjagaan kulit eksklusif dari Lancôme Beauty Tech, antaranya analisis kulit dengan Lancôme Skin Screen. Teknologi canggih ini berjaya mengesan bahagian kulit yang memerlukan pemulihan, juga dengan cadangan melalui Skin Quality Repairs Filter.
Tidak ketinggalan, mereka juga boleh mencuba Lancôme Absolue Cyro-Sculptor, inovasi yang membantu menegangkan, mengangkat dan membentuk wajah dengan serta merta. Acara ini juga dapat memanjakan para pengunjung dengan Pro-Radiance Booster Service, rawatan wajah selama 10 minit yang mempercepatkan keberkesanan serum.
Sherry Amin, Jack Gohr, Jestinna Kuan, Oskar Lee, Maggy Wang dan Lee Xuan turut diterbangkan ke Singapura bagi memeriahkan lagi pop-up ini.
Maklumat lanjut atau mahu memiliki rangkaian Lancôme Génifique, boleh klik pautan INI!