Dua entiti ikonik Paris, Lancome dan Lourve bersatu dalam satu himpunan yang cukup signifikan, beauty is a living art.
Jika ke Paris tidak lengkap andai tidak jejakkan kaki ke Lourve (sekali pun mencukupi) kerana muzium ini antara yang gah di Eropah. Malah di sini jugalah terpampangnya lukisan potret paling masyhur di dunia, Monalisa.
Dan jika anda salah seorang pengikut setia Daiyan Trisha di Instagram. Pastinya ada melihat perkongsian foto dan videonya untuk kolaborasi Lancome dan Lourve. Sangat ikonik. Dan bangga apabila melihat wajah tempatan terpilih menjadi salah seorang dari 14 individu dari seluruh dunia untuk diabadikan dalam kempen ini.
Anda juga kini boleh meresap aura Lourve apabila Lancome hadirkan koleksi Lancome x Lourve, Beauty Is A Living Art. Lourve, sebuah muzium universal, mengekstrak definisi kecantikan yang mencurah inspirasi buat manusia sejagat. Kolaborasi dua entiti hebat Paris ini (Lancome dan Lourve) adalah satu biaca tentang seni dan kecantikan.
KEMPEN SIGNIFIKAN
Zendaya, Amanda Seyfried, Aya Nakamura dan He Wong ditampilkan cukup elegan dan sofistikated menerusi kempen ini. Bergandingan dengan arca agung di Lourve, setiap satunya mewakili sumber inspirasi dan kekuatan.
“Kesemua idea asasnya adalah untukmembentuk gambaran keseluruhan warna yang luar biasa. Gambaran kekuatan dan kuasa wanita hebat ini masih terus diraikan hari ini,”- Lisa Eldridge, Pengarah Kreatif Solekan Lancôme.
KOLEKSI LANCOME x LOURVE
Koleksi ini diserikan dengan tiga produk iaitu gincu, pembayang mata dan semestinya serum ikonik, Genifique.
The Richelieu Wing Palette, RM290
Arca Corine menjadi pilihan dan inspirasi dan warnanya diceduk dari suasana Richelieu Wing di Lourve. Menurut Lisa palet ini diilhamkan dari gambaran karakter Corine, seorangw anita yang memiliki cita-cita yang tinggi, genius dan sangat kreatif.
“Teksturnya sangat licin, mudah untuk dimesrakan. Dengan pilihan warna yang ada di dalam palet ini, anda boleh gunakan sebagai penyerlah, daripada ton kulit cerah ke gelap. Palet ini boleh dicalit menggunakan jari atau berus, boleh juga dicalit pada bibir, tidak terhad pada mata sahaja. Warna hijau dalam palet ini cukup menarik, boleh dijadikan sebagai warna asas mahupun solekan mata berkabut.
L’Absolu Rouge, RM156
Gincu ini memang menjadi kesukaan penggemar Lancome, kemasan pusam, warna melekat namun tidak mengeringkan. Gincu L’Absolu Rouge dicipta menggunakan formula tiga bahan bunga ros yang diambil sendiri dari ladang bunga mawar Lancome. Gincu ini mengandungi minyak esen bunga ros Damascena, ekstrak bunga ros dan juga Perpetual Rose yang mempunyai manfaat anti-penuaan.
Dan kolaborasi ini melahirkan empat warna istimewa yang diinspirasikan dari empat muse yang menjadi bahan pamer. Empat muse tersebut ialah Sleeping Hermaphrodite (200 French Drama), Diane de Gabies (274 French Tea), Nymph with a Scorpion (196 French Touch) dan Nymph Echo (105 Celestial Rose).
Lancome Advanced Genifique, RM519
Serum anti-penuaan ini memang sudah sinonim dengan Lancome. Masakan boleh menyebut lancome tanpa terbayangkan serum yang sudah meraih pelbagai anugerah kecantikan di seluruh dunia ini.
Advanced Genifique hari ini makin meluas peminatnya, tambahan pula ia sudah terbukti keberkesanannya buat lelaki, dan ia juga terbukti untuk semua jenis kulit.
Edisi istimewa Lancome x Lourve ini pula bekasnya diinspirasikan daripada Goddess Hygie, menyerap inspirasi kulit nan sihat.
Koleksi Lancome x Lourve sudah pun berada di butik kecantikan Lancome atau secara dalam talian di SINI!