Jika sebut tentang jenama dari Korea ini, Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cream (Normal to Dry Skin) antara produk pertama yang muncul di kepala. Bila rata-rata pembaca EH! mengundi pelembap ini sebagai Krim Pelembap (Penghidratan) Pilihan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Bekas biru comel ini bagai menyimpan sebuah empangan di dalamnya untuk melembapkan kulit anda. Tapi sebelum kami bercerita lebih lanjut, pernah tak anda rasa kulit anda langsung tidak menunjukkan perubahan dengan pelembap yang anda pakai tidak kira sehebat mana pun produk itu? Dan semakin tebal krim yang anda sapu kulit tetap kering, terasa gatal-gatal, kasar serta rengsa dan selama ini normal berubah sensitif? Uh-oh ini petanda perintang kulit anda bermasalah.
Ok kita kembali ke bekas biru comel ini dan bagaimana ia dapat membantu. Water Bank Blue Hyaluronic Cream hadir melegakan dahaga kulit anda dengan kuasa pengekalan lembapan yang kuat, mampu memperbaiki perintang kulit, melegakan kemerahan dan memberikan lebih 100 jam penghidratan. Meminjam kuasa asid hialuronik biru bersaiz mikro, pelembap ini mampu memperbaiki kerosakan perintang kulit sehingga 62.2 peratus hanya selepas sejam penggunaan dan masih mengekalkan lembapan mendalam hingga ke lapisan ke 10 stratum korneum walaupun anda memakainya 100 jam yang lalu.
Ia juga menembusi 263 kali ke dalam 10 lapisan kulit. Hebat! Jadi apakah perbezaan asid hialuronik biru mikro dengan asid hialuronik biasa? Ia 1/2000 jauh lebih kecil, menjadikan resapannya jauh lebih efisien dan menunjukkan peningkatan 3.61 kali dalam pemulihan perintang kulit
Tekstur yang disenangi ramai ini juga sesuai untuk anda yang berkulit sensitif. Ia bebas tujuh ramuan yang membahayakan, telah melalui ujian dermatologi, hipoalergenik serta panel kepekaan dan mendapat markah kosong untuk ujian kerengsaan.
Jadi faham ya? Kulit yang sihat dan mampu menyerap segala manfaat produk penjagaannya adalah kulit yang mempunyai perintang yang sihat. Tak perlu susah-susah fikir, Water Bank Blue Hyaluronic Cream-kan sahaja.
Layari
my.laneige.com
untuk ketahui produk best seller.
BACA: Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cream Kunci Penghidratan SofeaShra