Peter Philip, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup berkongsi langkah demi langkah bagaimana dia mempersiapkan wajah model di pertunjukan Dior Men fall/winter 2021.
Dalam membilang hari menutup 2020, Dior mementaskan himpunan Dior Men musim luruh/dingin 2021. Himpunan yang dikepalai pengarah kreatifnya Kim jones dilihat tampil dalam karya penuh warna bagaikan gula-gula dan dilatariw arna dominan helaian lelaki seperti hitam. Selain menyaksikan koleksi baru ini, Dior turut memperkenalkan item baru iaitu salap bibir Rouge Dior yang dijual selama tiga Hari sahaj secara atas talian. EH! mengupas langkah demi langkah Peter Pihilips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup. Dalam mempersiapkan wajah model-model sebelum melewati pentas peragaan.
Artikel Berkaitan: Dior Reka Busana Konsert Jelajah BTS
PERSIAPAN KANVAS WAJAH
Sebagai persediaan kulit, Peter Philip menyapukan rangkaian Capture Totale yang dimulakan dengan sapuan Capture Totale Super Potent Serum dan kemudian dia menyapu Capture Totale Firming and Wrinkle-Correcting Creme.
Untuk memudarkan cela di wajah Peter menggunakan Backstage Face & Body Primer 001 Universal, saya secara peribadi memang sukakan primer ini kerana ia seakan menaikkan seri wajah dengan satu sapuan. Ton kulit nampak lebih sekata. Melengkapkan kanvas yang sempurna, Peter meratakan Dior Backstage Face & Body Foundation dan diikuti dengan sapuan penyamar noda Dior Forever Skin Correct. Peter juga menggunakan Dior Flash Luminizer pada bahagian yang mudah dipantul cahaya seperti batang hidung dan tulang pipi.
FOTO: SOPHIE TAJAN UNTUK CHRISTIAN DIOR PARFUMS.
MERAPI KENING & CALITAN UNTUK BIBIR
Siapa kata wanita sahaja suka merapi kening, dalam hal grooming lelaki juga perlu merias kening Mereka. Seperti di pementasan ini, Peter memberi fokus kepada langkah merapi kening dan dia cukup berhati-hati kerana mahu kening nampak natural dan tidak seperti dilukis. Dia menggunakan Diorshow Brow Styler dan digandingkan dengan Diorshow Pum’N’Brow. Item ini hadir dalam beberapa warna dan Peter memilih berpandukan warna asli kening model yang dirias. Melengkapkan grooming, Peter melembapkan bibir menggunakan primer bibir baru Dior, Rouge Dior Satin Balm 000 Diornatural. Salap bibir ini tampil jernih serta mengandungi 95 peratus bahan asli.