Jerawat seakan menjadi musuh utama wanita, terutama yang meninggalkan kesan kemerahan di wajah. Ikuti langkah yang betul bagaimana untuk merawatnya.
Jerawat hadir di wajah akibat daripada rejim penjagaan wajah yang tidak betul, perubahan hormon mahupun diet yang tidak seimbang. Ada jerawat yang menjadi kemerahan dek kerana tindak balas kulit wajah yang terluka akibat jerawat, dan lama kelamaan meninggalkan kesan yang tidak disenangi. Ketahui bagaimana mengelakkan kesan kemerahan jerawat di wajah dan kulit bebas parut!