Retinol merupakan vitamin A yang berkesan untuk membantu meremajakan kulit, mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan. Kini, Safi hadir dengan Rangkaian Safi Youth Gold Retinol yang pasti dapat membantu anda mencapai kulit yang anda inginkan!
“The Gold Standard of Skincare”, Safi Youth Gold Retinol ialah rangkaian produk penjagaan wajah anti-penuaan terbaik daripada Safi. Kombinasi formulasi bahan terunggul 3x kuasa retinol, 98 peratus peptida emas dan squalane terbukti untuk menjadikan kulit lebih mulus, kedutan dan garis halus berkurang dalam masa 14 hari.
Keyakinan diri semestinya datang daripada kulit yang sihat dan berseri. Mengekalkan keremajaan pada wajah amatlah mencabar seiring dengan peningkatan usia.
Penuaan kulit tidak sama untuk semua orang oleh kerana gaya hidup yang berbeza dan faktor persekitaran. Jadi untuk mendapatkan kulit yang diingini, produk yang mengandungi retinol amatlah disarankan untuk kita. Tapi, saya pasti ramai yang ragu-ragu kerana bahan retinol ini selalunya mempunyai kesan sampingan seperti kemerahan, kering, atau kulit mengelupas.
Retinol daripada Rangkaian Safi Youth Gold Retinol ini selamat digunakan untuk semua jenis kulit. It’s the perfect choice for you. – Dr Syairah Nadia (Aesthetic & Anti Aging Expert)
Safi Youth Gold Retinol Light Miracle Essen ini ialah produk utama dalam rangkaian SYG Retinol. Esen ajaib ini menggabungkan manfaat Retinol dengan kuasa transformatif Galactomyces Filtrate, bahan mesra kulit yang membuka jalan kepada kulit yang lebih cerah dan berseri. Ringan dan cepat menyerap, esen ini direka untuk memberikan hasil yang boleh menjadikan kulit anda kelihatan halus, berseri dan awet muda!
Apa yang paling mengujakan bagi saya, Safi Youth Gold Retinol ini mengeluarkan produk pelindung matahari retinol yang pertama di Malaysia di mana saya rasa ia inovatif, menjadikan produk ini lain daripada pelindung matahari lain di luar sana!
Rangkaian SYG Retinol merangkumi lima jenis produk yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana telah diuji oleh pakar dermatologi, ia juga boleh digunakan setiap hari tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan ke atas kulit.
Hasilnya,Kulit akan lebih cerah, kedutan dan garis halus berkurang dalam masa 14 hari. Kulit juga akan lebih licin dan lembut justeru hiperpigmentasi juga dapat dikurangkan.
Lima jenis produk penjagaan kulit SYG Retinol ialah Safi Youth Gold Retinol Pembersih Wajah Skin Renewing Radiance (RM 19.90), Safi Youth Gold Retinol Esen Skin Refining Light Miracle (RM49.90) , Safi Youth Gold Retinol Serum Ampoule Skin Regenerate (RM30.90), Safi Youth Gold Retinol Pelembap Serum Skin Repairing (RM39.90) dan Safi Youth Gold Retinol 3x Perlindungan Matahari SPF50+ PA++++ (RM25.90).
Dapatkan rangkaian Safi Youth Gold Retinol secara eksklusif di Watsons berdekatan!