Cuaca Malaysia yang panas terik, lembap dan dipenuhi pencemaran bukan sahaja memberi tekanan kepada rambut, malah turut menjadi ancaman serius kepada kesihatan kulit dan sudah tiba masanya untuk kita melihat sunscreen bukan sekadar sebagai pelindung, tetapi sebagai langkah penting dan asas dalam rutin penjagaan kulit harian.
Setiap hari, kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang kuat tanpa henti. Kesan yang paling jelas mungkin perubahan tona kulit yang menjadi lebih gelap dan kusam, namun di sebalik itu berlaku proses yang lebih membimbangkan, kerosakan skin barrier iaitu lapisan pelindung semula jadi kulit.
Apabila skin barrier mula lemah, keseimbangan kulit turut terganggu dan kulit berminyak menjadi semakin aktif manakala kulit kering pula kehilangan lebih banyak kelembapan sehingga menjadi lebih kering dan sensitif dari hari ke hari.
Kenapa Skin Barrier Itu Penting?
Skin barrier boleh diibaratkan sebagai perisai pertama kulit, lapisan perlindungan yang menjaga kelembapan, menghalang pencemaran, dan memastikan kulit kekal stabil. Apabila skin barrier mula lemah, kulit menjadi lebih mudah kehilangan hidrasi, lebih sensitif terhadap persekitaran dan mengambil masa lebih lama untuk pulih daripada iritasi atau kerosakan.
Antara punca utama yang sering dipandang ringan adalah pendedahan berterusan kepada sinaran UV, faktor yang bukan sahaja memberi kesan di permukaan kulit tetapi juga perlahan-lahan melemahkan fungsi pertahanan semula jadinya. Inilah aspek yang sering terlepas pandang dalam pemilihan sunscreen biasa.
CeraVe Malaysia memahami keperluan ini dengan mendalam. Sebab itu setiap formulasi CeraVe dibangunkan bersama pakar dermatologi dan diperkaya dengan tiga essential ceramides, bahan penting yang membantu memulihkan serta memperkukuh skin barrier agar kulit kekal lebih sihat, seimbang dan terlindung setiap hari.
Tiga Sunscreen Baru, Untuk Tiga Jenis Kulit
CeraVe memperkenalkan rangkaian baharu ceramide based sunscreen SPF50+ PA++++ yang direka khusus untuk memenuhi keperluan kulit yang berbeza kerana setiap kulit mempunyai cerita dan keperluannya sendiri.
CeraVe Invisible Dry Touch Fluid Sunscreen SPF50+

Direka untuk kulit berminyak dan sensitif, formula ini membantu mengawal minyak sehingga dua belas jam dengan kemasan matte yang tahan lama. Teksturnya ringan, selesa dipakai sepanjang hari dan tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit sesuai untuk cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia.
CeraVe Invisible Hydrating Fluid Sunscreen SPF50+

Diformulasikan untuk kulit kering dan sensitif, sunscreen ini menggunakan teknologi MVE yang membantu memberikan hidrasi berterusan sehinggadua puluh empat jam. Hasilnya, kulit kekal lembap dengan kemasan glowing yang natural, segar dan sihat sepanjang hari.
CeraVe Invisible Hydrating Sunscreen SPF50+

Sesuai untuk seluruh keluarga termasuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas, formula ini direka untuk perlindungan harian yang praktikal. Ia tahan air, peluh dan pasir menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti luar dan gaya hidup aktif.
Perlindungan UVA & UVB Tinggi, Tiada Kesan Putih
Ketiga-tiga sunscreen ini menawarkan perlindungan UVA & UVB yang tinggi dengan formula ringan yang menyerap dengan cepat ke dalam kulit. Ia terasa selesa dipakai setiap hari tanpa meninggalkan kesan putih, menjadikannya sesuai untuk semua tona kulit. Ia turut membantu menjaga kesihatan kulit secara menyeluruh dari permukaan sehingga ke fungsi skin barrier.
Temui rangkaian baharu CeraVe Ceramide Based Sunscreen dan kuatkan skin barrier anda sambil melindungi kulit daripada sinaran UV di Shopee Official Store CeraVe Malaysia untuk CeraVe Invisible Dry Touch Fluid Sunscreen SPF50+ dan CeraVe Invisible Hydrating Fluid Sunscreen SPF50+. Untuk pilihan keluarga, CeraVe Invisible Hydrating Sunscreen SPF50+ pula boleh didapati secara eksklusif di Watsons Malaysia.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web CeraVe Malaysia serta ikuti perkembangan terkini di Facebook @ceravemalaysia, Instagram @ceraveofficialmy dan TikTok @ceravemy untuk kandungan serta info terkini mengenai rangkaian CeraVe.
Artikel Berkaitan: 5 Krim Terbaik Untuk Masalah Eczema
