Lee Siyoung menyahut cabaran SK-II : Face the Wild dalam sebuah ekpedisi ke lokasi paling ekstrem di dunia bersama National Geographic iaitu di gunung merapi yang masih lagi aktif, Ijen Volkano yang terletak di Indonesia.
“Ini adalah satu pengalaman mengembara paling ekstrem dan dalam masa yang sama membuatkan saya berasa begitu teruja. Saya gemar mendaki tetapi ini merupakan kali pertama saya melakukannya di luar Korea Selatan. Saya agak bimbang dengan sesi penggambaran yang saya perlu lakukan sejurus melalui trek yang mencabar namun apa yang saya risaukan itu dapat dikawal segera berbekalkan kekuatan semangat mahu meneroka volkano,” ujar Siyoung.
Setiba di puncak Merapi, Siyoung meneruskan cabaran dengan Face the Camera untuk sesi penggambaran bersama jurugambar fesyen iaitu Jesper McIlroy. Cabaran ini adalah untuk menguji kondisi kulitnya pabila berada di kawasan dengan cuaca yang kering dan panas yang mana secara tidak langsung adalah satu ujian kehebatan SK-II Facial Treatment Essence itu sendiri.
Menerusi Face the Wild, Hannah Reyes, pengembara muda National Geographic merakam setiap detik penerokaan ekosistem, topografi dan budaya di lokasi ekstrem tersebut yang ternyata mempunyai tahap kehangatan melampau serta pencemaran.
“Agak susah sebenarnya untuk bernafas disebabkan debu dan gas, sehinggakan saya tidak boleh membuka mata ketika di Ijen Volcano Indonesia. Biarpun di bawah persekitaran yang ekstrem, SK-II Facial Treatment Essence sentiasa memastikan kulit saya kekal segar,” katanya.
Esen ajaib ini mengandungi lebih 90% pitera yang membantu mengekalkan fungsi semula jadi kulit agar kulit kekal bersih dan segar. Pabila kulit terdedah dengan serangan luar seperti pencemaran, perlindungannya boleh menjadi lemah dan sekali gus menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar.
Namun, pabila kulit dilindungi dengan Pitera™, bahan bio semula jadi yang terkandung di dalamnya yang terdiri daripada lebih 50 mikro-nutrien, fungsi perlindungan kulit bertambah baik dan kulit kekal licin.