Penjagaan kulit bukan hanya untuk wajah, tubuh juga perlukan perhatian. Kalau kulit mula kering dan kusam, masa untuk upgrade rutin body care!
Siapa kata penjagaan kulit hanya penting untuk wajah? Tubuh badan pun perlukan kasih sayang yang sama. Kalau kulit tangan, kaki atau siku dah mula rasa kasar dan kering, it’s time to level up your body care game.
EH! senaraikan enam produk pelembap badan terbaik untuk buat kulit korang kekal lembap, halus dan glowing sepanjang hari.
Vaseline Pro Derma Ultra Moisturizing Body Cream
Produk ni memang holy grail untuk kulit kering tegar. Diuji secara dermatologi, krim ini memberikan perlindungan kelembapan hingga 72 jam — cukup untuk memastikan kulit kekal lembap dan sihat sepanjang hari. Teksturnya ringan, cepat meresap dan terasa seperti “mencair” di atas kulit sebaik disapu.
Hasilnya, kulit terus rasa lembut, licin dan dilindungi tanpa rasa melekit. Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya yang sensitif dan kering.
Neutrogena Hydro Boost Body Gel Cream
Untuk kulit yang cepat kering dan perlukan hidrasi segera, this one’s a keeper! Diformulasi dengan Hyaluronic Acid, gel krim ini membantu melembapkan serta-merta dan mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
Teksturnya ringan, tidak berminyak, dan cepat menyerap — menjadikan kulit rasa segar, lembut dan anjal tanpa rasa melekit. Sesuai untuk kulit normal hingga kering yang perlukan sentuhan segar setiap hari.
Nivea Deep Moisture Serum Body Lotion
Losyen ini kaya dengan cocoa butter dan minyak kelapa yang memberi kelembapan mendalam serta menutrisi kulit secara menyeluruh. Diformulasi dengan Deep Moisture Serum, ia memastikan kulit kekal lembap sehingga 48 jam.
Teksturnya cepat meresap tanpa rasa melekit, menjadikan kulit terasa halus dan lembut sepanjang hari. Disahkan sesuai untuk kulit sensitif, losyen ini sempurna untuk korang yang mahu kulit lembap dan sihat setiap masa.
Cetaphil Moisturizing Cream
Untuk anda yang ada kulit sangat kering dan sensitif, krim ini memang penyelamat. Diuji secara klinikal, ia memberi kelembapan intensif sehingga 48 jam. Diformulasi dengan gabungan bahan yang disokong pakar dermatologi seperti niacinamide (Vitamin B3), panthenol (Pro-Vitamin B5) dan glycerin, ia membantu menenangkan, melembapkan serta menguatkan lapisan pelindung kulit.
Dalam hanya tiga hari, penghalang kulit menunjukkan perubahan ketara — dan pulih sepenuhnya dalam seminggu. Hasilnya, kulit terasa lebih lembut, licin dan sihat setiap hari.
Paula’s Choice Daily Replenishing Body Cream
Kalau anda nak kulit lembap tapi tak suka rasa berat atau melekit, this one’s a winner. Krim ni diperkaya dengan ceramide, shea butter dan antioxidants yang bantu baiki serta kuatkan lapisan pelindung kulit. Teksturnya lembut, mudah serap dan buat kulit rasa selesa seharian. Lepas pakai, kulit bukan je lembap tapi juga nampak lebih licin dan sihat.
Totally worth it untuk tingkatkan rutin body care anda!
CeraVe Moisturizing Cream
Kulit kering dan sensitif? Krim badan dari CeraVe ni memang lifesaver! Diformulasi bersama ceramide dan hyaluronic acid, ia membantu memulihkan serta mengekalkan lapisan pelindung semula jadi kulit. Teksturnya kaya tapi tak berminyak — cepat serap dan bagi rasa lembut serta lembap sepanjang hari.
Disyorkan oleh pakar dermatologi, krim ini juga bebas pewangi dan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk yang sensitif. Gunakan setiap hari untuk kulit yang rasa lebih kuat, sihat dan terlindung.
Baca:
7 Lip Gloss yang Pasti Membuatkan Semua Tertanya!
5 Idea Set Hadiah Percutian Eksklusif Buat Tersayang
Pinktober, Ini 5 Produk Berona Merah Jambu Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara






