Jika dulu budaya menyalakan lilin dengan niat untuk mengahrumkan kediaman dianggap agak ‘mewah’, namun keterbukaan dan perubahan gaya hidup telah membuatkan menyalakan lilin antara satu keperluan biasa. Selain mengharumkan ruang ia juga dianggap sebagai satu terapi minda.
Meraikan ketibaan hujung tahun banyak jenama lilin beraroma tampil dengan koleksi istimewa. Inilah masa dan peluang mendapatkan item favourite atau edisi terhad, harga juga berbaloi.
TRIO DIPTYQUE
Diptyque meraikan ulang tahun ke-60 tahun ini dan semestinya mereka mahu menyajikan satu koleksi meraikan musim percutian dengan karya-karya yang mengasyikan. Dinamakan sebagai Cabinet of Curiosities, koleksi musim percutian DIptyque diperindahkan dengan ilham bungkusan dengan mainan garisan grafik dalam pelbagai warna termasuk ton emas yang menjadi sentuhan mewah pada koleksi ini. Garisan grafik ini adalah ilhamd aripada dekorasi dinding di butik sulung Diptyque sendiri yang berlokasikan 34 Saint-Germain, Paris.
Uniknya koleksi musim percutian ini, Diptyque hadir dengan tiga lilin edisi terhad iaitu tiga bau yang unik; ‘Flocon’, baunya diinspirasikan dari derian salji dan disegarkan dengan aroma musk. ‘Sapin’ pula bagaikan membawa anda menjejaki pergununan yang dilatari pohon pain, baunya segardengan nota kayu-kayan. Trio ini dilengkapi dengan kehadiran ‘Biscuit’ yang hangat dengan bau-bau rempah.
Koleksi percutian Diptyque turut diperindahkan dengan pelbagai item eksklusif seperti diffucser bau-bauan signaturenya termasuk ‘Baise’, juga ada lilin Amber saiz besar (yang menjadi kesukaan ramai), dan paling saya suka ialah terendak cahaya (lantern) untuk lilin bersaiz 190gram. Oh tidak lupa Diptyque juga munculkan haruman Do Son Eau de Parfum edisi terhad 75gram yang tampil dalam ton keemasan. Diptyque boleh didapatkan di butik Kens Apothecary dan juga secara dalam talian di sini.
EKSKLUSIF BAOBAB
Baobab Collection hadir dengan diffuser dan lilin beraroma yang tampil eksklusif dengan bekas kaca dan metal dalam balutan kulit. Jenama yang berasal dari Belgium ini mementingkan detil pembuatannya dan lilinnya diperbuat menggunakan mineral yang dibawa dari Jerman. Untuk bekasnya kacanya dibawa dari Poland manakala mereka menggunakan kulit buatan Itali untuk menyempurnakannya. Lilin dengan reben hitam pada logonya ini pasti antara lilin yang ingin anda terokai harumnya. Himpunan ini boleh didapatkan di pautan ini.