Lily Rose Depp terus menjadi pilihan Chanel dan yang terkini dia menghiasi kempen gincu generasi baharu, Rouge Coco Bloom. Shine now!
Lily Rose Depp sekali lagi dipilih menghiasi kempen gincu ‘muda’ Chanel, Rouge Coco dan kini hadir dengan edisi baharu Rouge Coco Bloom. Mengapa pula saya menamakannya gincu ‘muda’ kerana teksturnya nampak juicy dan berkilat. Teksturnya mewah bersentuh efek kilat namun masih punya kemampuan untuk tahan lama. Ia juga dimewahkan dengan formula yang sudah dipaten yang mana formula ini mencipta efek bibir yang tampak lebih mungil dan penuh.
Rouge Coco Bloom dinamakan sebagai gincu generasi baharu yang bukan sahaja mampu bertahan lama (sehingga lapan jam) namun kaya dengan manfaat buat bibir. Ia mengandungi minyak yang meliputi bibir untuk melembapkannya. Rouge Coco Bloom tampil dalam 20 pilihan warna.
10 Fakta Menarik Tentang Lily Rose Depp
1- Berlakon bukanlah kesukaannya malah tidak pernah ada dalam cita-citanya. Lily asalnya mahu bergelar penyanyi, namun peluang berlakon tiba dulu dan selepas mencuba dia berasa selesa.
2- Dia tidak menghabiskan pengajiannya di sekolah atas sebab kesibukan kerjanya. Dia sekadar bersekolah sehingga berusia 16 tahun sahaja.
3- Lily boleh berbahasa Perancis memandangkan ibunya berasal dari sana (Vanessa Paradis), dan dia selalu terbang antara Los Angeles dan Paris untuk bersama-sama ibu dan ayahnya. Lily dilahirkan di Paris pada 27 Mei 1999.
Artikel Berkaitan: Johnny Depp Dakwa Bekas Isteri Lukis Sendiri Kesan Lebam
4- Dia pernah melalui detik sukar sehingga menyebabkan dia kehilangan berat badan mendadak sehingga dikhabarkan aneroksia. Namun hari ini dia kembali sihat dan gembira dengan kehidupannya.
5- Selain mempunyai bapa yang terkenal (Johnny Depp), dia juga mempunyai godfather ternama, Siapa lagi jika bukan ikon rock, Marilyn Manson.
6- Dia mencipta sejarah apabila menjadi duta kempen paling muda buat Chanel yakni ketika usianya 16 tahun.
7- Filem pertama Lily Rose Depp ialah Tusk yang mana dia tampil sebagai cameo.
8- Dia bersahabat baik dengan Willow Smith.
9- Lily lebih senang untuk tidak bercakap tentang seksualitinya. Dalam satu temubual bersama majalah NYLON, dia berkata, ““I was just trying to say that kids and people, in general, don’t have to label themselves and say, “I’m straight” or “I’m gay” or “I’m whatever.”
10- Nama penuhnya ialah Lily Rose Melody Depp.
Artikel Berkaitan: Inspirasi Solekan Daripada Bunga Taruhan Chanel