Tidak boleh berkunjung ke spa kecantikan seperti kebiasaan undang rasa gelisah. EH! Tampilkan lima alatan ini sebagai solusi terbaik di rumah malah lebih praktikal.
Kadang-kala berada di rumah dalam tempoh terlalu lama undang rasa kebosanan terlampau hingga buntu ingin membuat rutin yang sama saban hari. Hingga menyebabkan kita berasa kurang bermotivasi atau produktif. Hinggakan rutin penjagaan harian yang dulunya setiap hari tanpa tertinggal pasti lengkap wajahnya diserikan. Saya yakin anda sedang mengalaminya, kenapa tidak kita gandakan rutin penjagaan wajah dengan lima alatan terbaik sebagai sokongan dan juga solusi untuk kita terus kekal memiliki wajah yang sempurna walaupun berada di rumah.
NU SKIN AGELOC® BOOST
Rawatan secara 2 minit untuk hasil luar biasa. Peranti canggih ageLOC® Boost™ yang menggunakan teknologi Variable Pulse Microcurrent dan ageLOC® Boost™ Activating Treatment akan memberi kesegaran menakjubkan.