Ramai yang suka ‘no makeup, makeup’ tapi ramai juga yang tak tahu sebenarnya gaya solekan ini memerlukan bedak asas yang tepat, yakni yang full coverage namun tak kelihatan tebal. EH! senaraikan lima bedak asas yang boleh memenuhi kehendak anda!

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Foundation
Antara bedak asas kegemaran jurusolek selebriti ketika ini dek litupan yang menyeluruh dan mampu menyamar noda. Foundation ini biarpun full coverage, mampu membuatkan pori tidak terlihat jelas, namun teksturnya masih terasa ringat pada kulit muka. Ia juga tahan lama, sebab itu juga ramai yang suka. Satu saja pesan saya, pastikan kulit dihidrat sebaiknya, pastikan skin prep dilakukan sesempurna mungkin dengan serum dan pelembap kerana foundation ini agak kering.

NARS Natural Radiant Longwear Foundation
Antara yang menjadi kesukaan jurusolek profesional kerana ia mempunyai formula buildable coverage, jadi mudahlah untuk menentukan tahap ketebalannya. Hendak tebal, pakailah lebih, nak gaya solekan yang lebih natural, gunakan sedikit sahaja. Seperti full coverage foundation yang lain, bedak asas NARS ini juga tahan lama. Boleh dapatkan di pautan NARS.
Haus Labs By Lady Gaga Triclone Skin Tech Foundation
Ini antara foundation yang dengan revolusi baharu, buildable dengan efek dewy. Jadi anda dapat semua yang anda mahu dari sebotol bedak asas, nampak natural, litupan yang menyeluruh dan tahan lama. Kemadan bedak asas ini jika disapu elok-elok memang boleh dapat efek seperti air-brush. RM248.

Lancôme Teint Idole Ultra Wear Foundation
Bagi anda yang sukakan matte finish, inilah bedak asas yang paling sepadan dengan anda. Namun ia tidak membuatkan kulit kelihatan kering, malah ia juga tahan lama. Teksturnya dalam bentuk cecair menjadikan ia sangat ringan di wajah dan juga mudah diratakan.

Tarte Face Tape Foundation
Foundation yang memang tular dan sering saja muncul di video TikTok. Hadir dengan formula vegan ini mampu membuatkan garis halus di wajah tidak begitu jelas. Ia juga bagaikan magis apabila boleh menutupi ketidaksamarataan ton kulit atau discolouration. Bedak asas ini juga semestinya kekal sepanjang hari. Terdapat di Sephora, RM185.


