Foundation atau bedak asas yang kami pilih ini antara yang terkini dan disukai oleh ramai wanita termasuklah jurusolek selebriti.
Foundation muncul dalam pelbagai jenis tekstur, ada cecair, stik, kompak dan juga krim. Biar apa pun teksturnya Ciri utama yang menjadi pengukur kualitinya adalah sejauh mana ia boleh membuatkan kulit tampak flawless, mampukah bertahan lama, teksturnya bagaimana, selesa atau membuat wajah terasa berat? EH! menyenaraikan lima bedak asas mesti anda cuba hari Ini.
Gucci Beauty Fluide De Beaute Fini Naturel
Foundation ini menawarkan litupan penuh untuk anda yang mahu menyamar cela. Walaupun ia mampu menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit namun tidak bermakna teksturnya berat dan tebal. Dengan formula ‘buildable’ anda bebas memilih hasil yang anda mahukan, nipis atau tebal.