Shiseido Synchro Skin Self Refreshing Foundation
Ini lagi satu bedak asas yang membuat kulit nampak segar dan lebih natural. Dianggap sebagai bedak asas pintar, Synchro Skin Self Refreshing Foundation berubah-ubah mengikut keadaan kulit. Misalnya, jika kulit anda kering, ia punya teknologi yang akan bertindak balas kepada keperluan kulit. Antara peminat bedak asas ini ialah jurusolek Fendi Sani dan Emmy Agung.