Fringe atau bangs, atau dalam bahasa Melayunya senang kita panggil jambul antara gaya potongan rambut yang secara peribadinya saya rasa adalah helah untuk membuat wajah tampil lebih menarik.
Mengapa? Kerana fringe jika kena potongannya akan buat wajah nampak lebih muda, ia juga membuatkan wajah nampak lebih kecil, menyembunyikan dahi yang luas selain ia antara stail rambut yang malar segar menjadi pilihan ramai termasuk selebriti.
Fringe itu juga punya pelbagai Jenis yang dicipta dengan pelbagai potongan untuk disesuaikan dengan bentuk wajah termasuklah untuk dipadankan dengan kemahuan atau ‘kekurangan’ yang mahu disembunyikan. EH! menyorot gaya fringe lima selebriti, yang mana satu yang mahu anda ikuti?
Elizabeth Tan- Eye-Skimming Bangs
Lizzy senang memilih gaya jambul yang menyentuh mata, gaya sebegini lebih praktikal dan boleh dipelbagaikan, boleh dibiar menjurai di depan dahi atau ditolak ke tepi. Gaya fringe begini memerlukan penyembur rambut untuk mencipta gaya yang lebih bertekstur.