NIA ATASHA- Classic Bangs
Model terkenal ini sering bereksperimen dengan potongan rambut. Ada masa dia berambut pendek, tahun lalu dengan gaya mullet, kemudian selesa dengan gaya potongan paras bahu dan kemudian memotong pendek. Begitulah Nia, tidak takut mencuba dan selalunya nampak sesuai dengannya. Untuk foto ini Nia senang dengan gaya fringe klasik, jambul mencecah kening. Cuma satu masalahnya dengan gaya ini, kena rajin trim setiap dua minggu untuk memastikan parasnya membuat anda selesa.