Produk Pilihan EH!
Rambut yang digaya cantik perlukan penjagaan rapi agar kekal sihat. Tidak akan tampil menawan andai penjagaannya diabaikan. Selain risau dengan masalah rambut kering, rasanya wanita dan lelaki lebih bimbang dengan masalah rambut gugur, yang mana masalah ini disebabkan akan banyak faktor antaranya stres dan bagi wanita yang mengandung atau lepas bersalin, masalah rambut gugur antara yang tidak dapat dielakkan.
Menyedari perlunya untuk setiap dari kita menjaga kekuatan rambut, TRESemmé yang sudah bergelanggang di arena penjagaan dan dandanan rambut sejak tahun 1948 memperkenalkan rangkaian penjagaan untuk rambut gugur. TRESemmé Hair Fall Control dicipta dengan bahan aktif fiber untuk membina semula kekuatan rambut, teknologinya merawat, membina semula struktur rambut sekaligus menguatkan rambut yang rapuh. Rangkaian ini tampil dengan syampu dan perapi.