Gucci Guilty Parfum Pour Homme
Jika mencari haruman maskulin klasik, mungkin ini salah satu jawapannya. Gucci Guilty kental dengan aroma ‘jantan’ yang menyatukan French Lavandin Abrialis bersama Lemon Sfumatrice, menyuntik bau-bauan seksi. Nota tengah haruman ini disegarkan dengan kehadiran elemen sitrus termasuklah penambahan bunga-bunga oren dan bauh eksotiknya bersumberkan dari bau patchouli dari Indonesia. Gucci Guilty juga punya versi untuk perempuan, mungkin kamu juga boleh dapatkan satu untuk kamu. Barulah sedondon harum. RM400 (50ml) & RM560 (90ml).