Ermenegildo Zegna Triple Stitch, XXX
Jenama fesyen tersohor dari Itali ini kini muncul dengan haruman, bukan satu tapi tiga pilihan yang beridentitikan personaliti haruman berbeza. Triple Stitch, XXX hadir dengan Verdigris, Cyprium dan Charcoal.
Verdigris menyatukan minyak esensi cardamon bersama icy winter accord. Baunya kental dengan nuansa aroma kayu-kayan, menyuntik rasa segar dan sedikit ‘pedas-pedas’. Verdigris dibotolkand alam kelalang hijau.
Cyprium pula menemukan kayu sedar bersama lava accord, yang mana haruman ini secara keseluruhannya bersifat agak ringkas, raw dan punya imej aroma moden. Yang ini dibotolkan dalam botol berwarna coklat tembaga.
Akhir sekali Zegna memperkenalkan Charcoal, yang mana bau ini lebih mencengkam dengan paduan carbon accord dan arang, membuatkan haruman ini sangat ‘lelaki’ baunya. Charcoal diabadikan dalam kelalang kelabu. RM670 (100ml).