Bleu De Chanel All-Over Spray
Menyedari ia menjadi kesukaan ramai jejaka dan perempuan yang mencium bau ini mudah sekali memuja lelaki yang mereka sukai, Chanel meneroka idea untuk mengembangkan lagi haruman ini. Lantas Chanel memperkenalkan Bleu De Chanel All-Over Spray, didatangkan dalam smeburan tubuh yang bersifat lebih mesra dan fleksibel. Semburan ini membuatkan pemakaian haruman lebih mesra dan boleh disemurkan pada tubuh dengan lebih menyeluruh juga pada pakaian. Semburan badan ini juga boleh dijadikan sebagai ‘touch-up’ pada pertengahan hari atau selepas bersukan. Sesuai untuk kekasih kamu yang rajin ke gimnasium.