Hugo Boss The Collection
Hugo Boss mahu memanjakan lelaki dengan barisan harumannya, yang hadir dengan lebih variasi demi memenuhi kehendak juga cita rasa lelaki sejagat. Boss The Collection, sebuah rangkaian yang eksklusif, yang setiap satunya diramu dan diadun dengan teliti agar tiap satunya menjadi cerminan tepat setiap identiti, samalah seperti helaian-helaian Hugo Boss, yang dibangunkan setiap koleksinya dengan potongan, material serta kemasan terbaik.
Boss The Collection tampil dengan lapan aroma yang cukup eksklusif, antara yang membarisinya ialah Vigorous Cologne, sebuah haruman beradun sitrus dan kayu-kayan, pilihan tepat buat yang mahukan sesuatu bau yang ‘bersih’, ringkas dan segar. Elegant Vetiver pula memercikkan sebuah aroma yang elegan, berbau mewah. Dibayangkan haruman ini sering menjadi pilihan mereka yang sering bergaya dengan sut-sut kustom sahaja, yang cukup cerewet dalam pemilihan helaian yang disarung.
Elegant Vetiver juga dibayangkan sama dengan lelaki-lelaki yang gemar menyarung sut kustom, yang dijahit cermat mengikut tiap inci lekuk tubuhnya. Bau yang muncul dari kelalang ini pastinya disegari dengan aroma vetiver dan Boss menambahkan pistachio dalam haruman ini. Melengkapkan koleksi ini ada juga Noble Wood (oakwood beradun dengan wiski vintaj), Daring Saffiano (yang segar dengan elemen geranium), Bold Incense dan juga Confident Oud yang mewah dengan aroma oud yang cukup maskulin dan menonjol.