Oleh: Farhana Fuad
Gambar: NARS
NARS makin melakar namanya dalam dunia rias dan menjadi kegemaran ramai wanita dan juga pereka fesyen yang sering bekerjasama pada minggu fesyen apabila NARS menampilkan ilham segar menggunakan rangkaian alat soleknya.
Rias moden buat wanita kini menjadikan rangkaian produk NARS antara yang paling laris dan menjadi pilihan mereka yang bercita rasa tinggi. Warna-warna indah serta kombinasi menawan merealisasikan impian ramai wanita untuk tampil jelita dan anggun.
Dengan kemasan serta solekan sempurna, konsep yang diketengahkan NARS sering menjadi trend solekan terkini yang hangat di pentas peragaan dan juga wajah selebriti popular. Bukan hanya menjadi kegemaran pengguna barangan kosmetik, malah pilihan utama para jurusolek di serata dunia.
EH! berkongsi lima item dari produk NARS yang menjadi pilihan kami. Mungkin anda boleh senaraikan lima item ini dalam wishlist menjelang 2015 nanti.
Gincu Rita Audacious
Barcelona Radiant Cream Compact Foundation
Orgasm Blush
Bronzing Powder
Pelembap Pure Radiant Tinted Broad Spectrum SPF30