Tahun baharu, bermakna angka usia juga ‘baharu’ dan tandanya rejim penjagaan kulit perlu diolah mengikut kondisi kulit yang berubah kerana waktu.
Tahun baharu, resolusi baharu. Jika ditanyakan pada saya, apa yang saya mahu tahun ini antaranya ialah memiliki kulit yang lebih sihat- lembap, kurang kesan penuaan dan jika boleh lebih cerah. Usia kita semakin meningkat dan tanda penuaan akan mula menjengah. Malah saya dapati kita sebenarnya kena rajin mengolah cara kita menjaga kulit, tidak boleh terlalu selesa dengan produk dan rejim yang sama . Mengapa? Salah satunya kerana usia, kulit kita secara semula jadinya akan berubah, jadi produk yang digunakan juga perlu ditukar ganti.
Sebagai pembuka tahun 2022, EH! bariskan lima produk penjagaan kulit baharu yang boleh anda pertimbangkan. Perhatikan kulit, rasaianya dan amati sebaiknya kerana anda sendiri tahu apa yang perlu diperbaiki.
DRUNK ELEPHANT A-GLOEI MARETINOL OIL (RM330)
Retinol memang terkenal sebagai bahan bermanfaatd alam menentang tanda penuaan, namun disebalik kemujarabannya itu ramai juga yang ragu dengan kesan sampingannya kerana jika tidak kena kulit akan rengsa dan kemerahan. Drunk Elephant muncul dengan sebotol minyak yang menggabungkan retinol, minyak dara marula dan ceramides untuk memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan garis halus, pigmentasi, jerawat dan juga kesan kerosakan kulit akibat pendedaha kepada cahaya matahari. Minyak marula yang kaya dengan antioksidan dan omega melembapkan kulit dan mengurangkan kesan kemerahan pada kulit.
SULWHASOO ESSENTIAL COMFORT MOISTURIZING CREAM (RM320)
Rangkaian Essential Comfort antara himpunan yang paling laris di Sulwhasoo. Malah krim pelembapnya sudah menjadi juara pelembap pilihan di Korea selama lapan tahun berturut-turut. Tahun ini formula rangkaian ini dperbaharui seiring dengan keperluan kulit hari ini. Rutin harian yang memerlukan kita memakai topeng pelitup muka acap kali keluar pastinya ada kesannya pada kulit. Berpandukan situasi ini jugalah mengapa Sulwhasoo mahu menambah baik formula sedia ada.
Krim jenis gel ini melembapkan kulit secara mendalam sambil memastikanw ajah kelihatan segar dan kulit terasa selesa. Ia diformulakan dengan asid hyaluronik yang punya efek melembap yang hebat. Kulit terasa nyaman sebaik krim ini menyentuh permukaan wajah, kelembapan kekal 24 jam.
CAUDALIE VINOPURE PURIFYING MASK (RM135)
Caudalie, jenama asal Perancis ini hadir dengan pupur muka yang dicipta untuk memastikan kulit tidak berminyak-minyak dan kelihatan lebih pusam sihat (bukan pusam kusam ya). Pupur ini juga hadir atas kajian dalam menyelesaikan masalah jerawat.
Pupur ini dimewahkan dengan Green clay dan zinc. Pupur berwarna hijau ini sebaiknya digunakan dua kali seminggu, sapukan pada seluruh wajah dan biarkan lima minit sahaja. Rasai kulit yang lebih segar, bintik hitam berkurangan dan kulit tidak (atau kurang) berminyak. Boleh didapati di butik Ken’s Apothecary dan Sephora bermula minggu ini.
OLE HENRIKSEN STRENGTH TRAINER PEPTIDE BOOST MOISTURIZER (RM213)
Pelembap dalam bekas kaca ungu ini menghimpunkan bermacam-macam bahan dalam memastikan kulit dihidrat sempurna. Antara yang diadun ialah asid amino yang berfungsi untuk mengembalikan keaanjalan kulit, peptides yang menguatkan kulit, juga mengandungi ceramides yang membuatkan lembapan kulit tahan lama serta kolagen vegan yang membantu mengembalikan penghidratan kulit. Tidak sekadar melembap ia juga bagus untuk memudar garis halus dan kedutan hasil bahan lain seperti antioksidan vitamin E dan niacinamide.
LANEIGE PERFECT RENEW YOUTH RETINOL EYE CREAM FOR FACE
Terlalu fokus pada kulit wajah secara keseluruhan, beri sedikit perhatian kepada mata anda kerana di area itulah tanda penuaan awal muncul terlebih dahulu. Krim mata dari Laneige ini dicipta retinol asli (95 peratus) dan digabung bersama French Tripeptide dan asid amino untuk merangsang penghasilan kolagen kulit lantas membuatkan kulit lebih anjal dan tegang. Ia turut mengandungi 5D asid hyaluronic yang menghalang pengurangan kolagen dalam kulit. Menurut kajian Laneige, selepas empat minggu penggunaan, kedutan sekitar mata berkurangan 34.8 peratus.