Sudah lebih dua dekad beraksi di arena solekan, nama Khir Khalid pastinya bukan asing. Dia menjadi pilihan selebriti baik di kelompok kelas A atau yang masih hijau, menjadi pilihan bakal ratu sehari mahupun kelompok sosialis kota. Senang kata Anak jati Johor ini antara jurusolek yang berada di kelasnya tersendiri dan tanda pagar #HayaKhirKhalid cukup dikenali. EH! Meminta pemenang Jurusolek Selebriti Pilihan, Anugerah Stail EH! Sebanyak dua kali ini berkongsi lima item wajib ada dalam beg mekapnya.
Artikel berkaitan 3 Trend Solekan Ramalan Khir Khalid!
Shu Uemura Eyelash Curler
“Pengetip bulu mata ini sudah lama berada dalam senarai mesti ada saya. Tanpanya, kit solekan saya tak sempurna. Malah pengepit bulu mata ini juga jadi kegemaran ramai jurusolek seluruh dunia. Must have!”
Kiehl’s Lip Balm #1
“Untuk sapuan gincu meluncur laju, saya akan pastikan bibir orang yang saya solekkan dilembapkan terlebih dahulu. Dalam banyak-banyak pelembap bibir yang pernah saya guna, ini yang terbaik. I love it!”
M.A.C Eye Kohl in Teddy & Smolder
“Ini antara dua pensel mata wajib ada, dan saya akan gunakannya dalam apa jua jenis solekan dari riasan no makeup makeup hinggalah solekan dramatik. Ini dua pensel mata yang menjadi pelengkap solekan saya.”
La Mer The Mist
“Ini antara penyembur muka kegemaran saya. Biasanya saya akan semburkan face mist ini ke wajah klien sebelum memulakan solekan, selepas sapuan bedak tabur dan juga sesudah solekan siap.”
Majalah Fesyen
“Setiap kali ke penggambaran saya akan pasti membawa sekurang-kurang senaskhah majalah. Selain untuk inspirasi ia juga bagaikan booster untuk saya menghasilkan karya yang baik serta seiring dengan trend semasa.”