EH! bariskan lima minyak wangi paling hangat masa kini sempena ketibaan musim panas. Lima aroma yang pastinya menambah hangat pesona diri, baik wanita juga lelaki.
Diptyque Ilio
Meraikan kemeriahan suasana musim panas, Diptyque mahu terus meraikan Ilio, sebuah haruman bernuansa ringan, sepadan dengan atmosfera hangat pada waktu ini.
Ilio (dalam bahasa Greek membawa istilah matahari) diinspirasikan daripada memori percutian dua daripada pengasas Diptyque iaitu Yves Coueslant dan Desmond Knox-Leet yang ketika era 1960-an mereka sering sahaja berpergian ke kepulauan Mediterranean untuk melepas lelah, merehatkan diri. Kepulangan mereka dari sana acap kali dibekalkan dengan ilham untuk karya haruman terbaru. Ilio disemerbakan dengan kehadiran adunan mesra bau bunga dan buah. Diptyque meramu bunga iris, melati bersama bergamot untuk satu haruman yang terus diraikan saban kali tibanya musim panas.
Dapatkan haruman ini di SINI!