Guerlain Aqua Allegoria: Nerolia Vetiver
Aqua Allegoria, rangkaian haruman ikonik Guerlain kini menambah satu lagi ahli keluarga baharunya apabila mereka memperkenalkan Nerolia Vetiver. Pakar haruman di Guerlain, Thierry Wasser dan Delphine Jelk memanipulasi bahan-bahan semula jadi lantas menjadikan haruman ini sarat dengan aroma natural. Menurut Guerlain, 95 peratus ramuan minyak wangi ini adalah bahan-bahan alam.
Sama seperti namanya, sudah tentulah haruman ini mengiktiraf bau harum neroli bersama vetiver. Neroli di dalam haruman ini datangnya dari Calabria. Menambah hangat kepada Nerolia Vetiver adalah adunan bersama basil, bergamot, daun pohon limau dan bau fig.