Frederic Malle – Rose Tonnerre.
Jika mencari haruman bercirikan sensual, seksi, mewah dan misteri, serahkan kepada Frederic Malle, mereka punya barisan minyak wangi yang memenuhi ciri-ciri tersebut. Rose Tonnerre adalah haruman yang menjulang keagungan bau bunga mawar. Baun rosnya unik dan rumah haruman ini menganggap bunga mawar yang mereka pilih mempunyai ciri-ciri gelap, sedikit gothic.