The Alchemist’s Garden – Tears from the Moon EDP
Pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele dan pakar haruman Alberto Morillas menyerap jiwa nan bebas dan rasa keseronokan kehidupan pepatung ke dalam haruman terbaru Tears From the Moon. Haruman premium Gucci ini mengangkat semerbak peoni putih dan kuntuman lily of the vally bersama bunga melati dari Madagascar. Ramai yang percaya peoni putih adalah lambang kepada kemewahan. Boleh didapati di butik Gucci Beauty Suria KLCC dan Mid Valley Megamall. Harganya, RM1,587.